01 April 2021

SETELAH 3 MINGGU - LINDA ONN BARU ADA KEKUATAN KONGSI BERITA KEHILANGAN IBU



"Setelah 3 minggu berlalu, baru ada sedikit kekuatan untuk Linda post ni. Bu... Ibu takde sakit. Linda sangat jaga kesihatan ibu. Selama ni Linda takut kalau ibu sakit... ibu takde sakit jantung, kencing manis, darah tinggi atau buah pinggang, ibu tak sakit! Ibu sihat sungguh! Malah ibu lebih sihat, kuat dan aktif daripada Linda.

"Tapi nak dijadikan asbab. Tiba-tiba ibu mengadu sakit perut. Mudah sungguh ibu pergi bu... tak menderita lama. 2 minggu je ibu sakit. Lepas tu ibu pergi selamanya. Cepat sangat bu...Rasa macam mimpi. Linda masih terkejut. Masih tak percaya. Bu....Ibu pergi begitu mudah tapi Linda yang tinggal ni makan masa untuk terima ketiadaan ibu. Sakit bu...

"Bu... ibulah ibu, ibulah penasihat apa saja keputusan Linda, ibulah teman baik Linda, ibu yang beri kasih sayang suci dan ikhlas tanpa mengharapkan balasan...ibu segala-galanya. Ibu tak pernah penat pesan dan nasihat Linda, bu. InshaAllah Linda pegang semua nasihat ibu.

Klik untuk gambar besar



"Terima kasih bu... kerana pilih untuk duduk serumah dengan Linda walaupun adik beradik lain berebut nak ibu. Banyak sungguh masa kita bersama bu.. Alhamdulillah.

"Terima kasih bu...kerana pilih Linda untuk lihat ibu dinafas terakhir ibu. Terima kasih bu...kerana jaga Linda daripada kecil sampai sekarang. Terima kasih bu...kerana jaga Zara sejak lahir sampai usia 3 tahun dengan belaian kasih sayang.

"Maafkan Linda bu... Ibu tiada pengganti. Rindu ini tiada berpenghujung, bu. Kepada teman2 dan saudara mara yang datang ziarah, terima kasih.


"Linda mohon semua yang membaca ni sedekahkan Al-Fatehah, semoga Almarhumah Sa'diah binti Khamis tenang disisi maha pencipta. Al-Fatehah. Sa'diah binti Khamis, 8.8.1942 - 9.3.2021. I love you, ibu. Terima kasih," tulis bekas penyampai radio, Linda Onn.

Selepas tiga minggu, Linda Onn akhirnya berkongsi khabar duka tentang pemergian ibunya, Sa'diah Khamis yang meninggal dunia pada 9 Mac.

Dalam entri tersebut, Linda atau nama sebenarnya Rozlindah Onn, 43, meluahkan perasaan buat ibunya yang meninggalnya pada usia 79 tahun itu. Bagaimanapun, Linda memberitahu bahawa ibunya tiba-tiba mengadu sakit perut sebelum meninggal dunia.


www.myartis.com / Sumber & foto: Kosmo, Oh Bulan & Instagram Linda Onn

         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: