01 April 2021

SEKITAR SAMBUTAN HARI LAHIR KE-12 ENGKU ALEESYA



Pada 30 Mac lalu, genap usia 12 tahun anak kepada primadona Erra Fazira hasil perkahwinan dengan bekas suaminya, Engku Emran iaitu Engku Aleesya.

Sempena hari istimewa itu, Erra telah meraikan sambutan ulang tahun kelahiran anak perempuan tunggalnya dalam sebuah majlis yang sederhana.

Erra menerusi laman Instagram miliknya telah memuat naik video sambutan tersebut untuk tatapan umum. Malah, pelakon filem 'Pasrah' itu mengimbau kenangan sewaktu melahirkan puteri sulungnya.

"Selamat Hari Jadi Anakku.. Genap 12 tahun dikau dilahirkan.. Seusia mudamu, pelbagai kenangan yang dikau lalui.. Jadikan semua ini pengalaman istimewa buatmu..

Klik untuk gambar besar



"Masih segar dalam ingatan pertama kali dikau berada dalam dakapanku .. Gugur segala kesakitan dan kepayahan saat kita bertentang mata.. hadirmu menyempurnakan hidupku.. Ya Allah.. terima kasih diatas anugerahMu.. Sayang yang tidak berpenghujung buatmu anakku..," tulis Erra.

Melihat pada ruangan komen, ramai wargamaya yang menitipkan ucapan hari lahir buat Aleesya dan memuji wajah gadis itu setanding kecantikkan ibunya. Sehingga kini, video tersebut telah menerima lebih 900,000 tontonan daripada pengikutnya.

Selepas menyambutnya bersama ibu, kali ini Aleesya diraikan pula dengan bapanya dan keluarga tirinya pula iaitu Noor Nabila dan Jebat Jayden Ahmad.



Menerusi Instagram Engku Emran, dia ada berkongsi foto bersama Aleesya dan isteri terkininya ketika majlis sambutan yang diadakan di rumah, semalam.

Dalam kapsyen yang ditulis, Engku Emran terharu kerana seluruh keluarga Nabila berganding tenaga untuk meraikan hari bahagia anak tunggalnya.

"Big thank you to everyone who organised tonite's birthday do for Aleesya. Especially Mummy who started preparing since yesterday and cooked Aleesya's favourite dish the sumptuous Briyani Ikan.



"Aunty Sara for the lovely swan cake, deco and present, Aunty Nellisa, Aunty Athisha and Aunty Ameera for the presents and helped out Mummy. Dhadi thank you for the heartfelt doa you recited and beautiful gifts.

"Inara and Yusoff thanks for the presents surely gonna miss you both! Aunty Aina and Uncle Aqief thank you for coming and cracking the jokes! Uncle Gigi and Uncle Din too thank you very much! Uncle Didham thank you for always lighting up the house with the loudest laugh and funniest jokes!!! Love you ALL!" katanya.

Sementara itu, ibu kepada Nabila iaitu Noor Kartini turut berkongsi rakaman video di Instagram Stories miliknya.

"Malam ini kita sambut hari lahir Aleesya. Sedapnya nampak kek. Ini kek kegemaran daddy Aleesya, ini Dhadi Aleesya dan ini mama suka cantiknya kek," ujarnya.



















KLIK VIDEO DIBAWAH INI UNTUK TONTON



www.myartis.com / Sumber & foto: Astro Gempak, Instagram Erra Fazira & Engku Emran

         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: