02 April 2021

SUNTING FOTO BERENDAM DALAM BESEN - FADZIL ZAHARI DIKATA MENYINDIR NONNY



Semua sedia maklum mengenai isu yang melanda pelakon Nonny Nadirah dimana dia didakwa telah membuka tudung apabila memuat naik foto dirinya berpakaian seksi dengan memakai seluar pendek bersama stokin jarang.

Tidak berhenti disitu sahaja, nampaknya nama Nonny bertambah hangat lagi apabila kali ini dilihat memuat naik video berendam di dalam besen air sambil berkemban.

Terkini, pelakon dan penerbit Fadzil Zahari baru-baru ini menerusi laman Instagram telah memuat naik foto berendam bersama isteri, pelakon Yana Samsudin di dalam besen air yang telah disunting.

Gara-gara menyunting foto terbabit, Fadzil telah ditegur netizen kerana tidak sensitif. Rata-rata mengaitkan suntingan foto itu sebagai sindiran kepada seorang aktres yang sebelum itu memuat naik gambar berendam dalam tong air yang sama.

Klik untuk gambar besar



Meskipun Fadzil atau penuhnya Fadzil Bahri Zahari, 38, tidak menyebut nama sesiapa dalam perkongsiannya itu, namun netizen membuat andaian ia berkait dengan aksi daring pelakon Nonny Nadirah.

Menurut pemilik syarikat produksi Prokuya Studios ini, tujuannya menyunting foto itu bukanlah untuk mengaibkan mana-mana pihak.

"Salam Jumaat... kat mana gambar ni mengaibkan orang? Tak ada aurat sesiapa pun dalam gambar ni... tak ada nama sesiapa pun kat sini," jelasnya menerusi ruangan komen.



Fadzil berkongsi foto tersebut bersama kapsyen meraikan suasana romantik bersama isteri hanya dengan berendam di dalam besen air.

"Nak romantik kat pantai tak boleh rentas negeri, rai sekadar mampu... air haruman lavender bancuh sendiri," tulisnya.

Perkongsiannya itu menarik perhatian hingga mengundang pelbagai komen. Ada antara mereka yang mengaitkan nama Nonny kerana gambar besen air berwarna merah tersebut kelihatan mirip seperti yang digunakan oleh bekas peserta Akademi Fantasia musim kelima itu.



"Macam kenal besen tu! Curi besen Nonny ke tu? Terhibur aku baca! - "Pandai korang melawak, tak tahu la nak sedih ke ketawa," tulis peminat.

Bagaimanapun ada juga yang kurang senang dengan gurauan Fadzil itu dan meminta dia memadam perkongsian foto tersebut.

"Benda tak lawak bro... tolong padam. Bukan nak back up ke apa! Tapi takut nak perli... mungkin ini ujian Allah untuk dia, kita doakan yang baik-baik.

"Lain orang lain ujian, dia perlukan bimbingan tak perlu perli. Doa hidup dia dipermudahkan dan kembali ke pangkal jalan cepat atau lambat," tulis netizen.




www.myartis.com / Sumber & foto: mStar & Instagram Fadzil Zahari

         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: