02 April 2021

ELLY MAZLEIN BAYANG BERSARA GARA-GARA DILABEL 'ANAK EMAS' STESEN TV



"Tiada istilah anak emas mana-mana stesen TV. Usaha, hargai peluang, buat yang sehabis baik dan tawakal. Paling benar, semuanya daripada Dia (Allah). Insya-Allah, Allah susun baik-baik untuk kita semua. Rezeki ada di mana-mana... hanya cepat dan lambat," demikian kata penyanyi dan pelakon Elly Mazlein.

Akibat sering dilabel 'anak emas' stesen televisyen, penyanyi dan pelakon Elly Mazlein membayangkan dia mungkin mengambil keputusan untuk mengundur diri daripada dunia hiburan.

Elly atau mesra disapa sebagai Kak Lina Pom Pom menerusi laman Instagram itu telah berkongsi luahan seolah-olah ada pihak yang mencemburui rezeki yang diterimanya.

Namun menurut pelakon berusia 41 tahun ini, rezeki yang diperolehinya kini adalah anugerah Allah. Elly atau nama sebenarnya Sharifah Aida Mazlina Syed Hanafi ini berkongsi luahannya bersama foto di hadapan Sri Pentas pada Khamis.

Klik untuk gambar besar



Dalam pada itu, pengacara program Muzikal Lawak Superstar musim kedua (MLS2) ini memberitahu setiap peluang yang diberikan memerlukan usaha dan semangat.

Bagaimanapun ujar pelakon drama siri popular 'Kampung People' ini, dia mungkin akan berehat dan memberi fokus kepada keluarga pada masa depan.

"Apa-apa pun kekal usaha dan semangat. Kepom pun dah tak lama dah dalam industri... Kepom nak jaga keluarga dan cuba jadi insan yang lebih baik. Insya-Allah," ujarnya.



Melihat pada ruangan komen, rata-rata netizen meminta agar Elly terus berada dalam industri seni dan tidak mengendahkan kata-kata negatif.

Untuk makluman, Elly mendirikan rumah tangga dengan Muhammad Azlan Che Nuh, 31 pada 18 Januari tahun lalu dan dikatakan sedang hamil anak pertama.

Elly mempunyai seorang anak perempuan bernama Putri Sara Sefhia, 5, hasil daripada perkahwinannya sebelum ini dengan pengarah drama Azmi Hatta.








www.myartis.com / Sumber & foto: mStar & Instagram Elly Mazlein

         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: