18 May 2021

HADIR KE IPD BRICKFIELD - KELUARGA NEELOFA BERI KETERANGAN



Sekitar jam 2.51 petang tadi, ahli keluarga selebriti popular, Noor Neelofa Mohd Noor atau lebih dikenali Neelofa telah hadir di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Brickfields, untuk memberi keterangan.

Turut kelihatan berada di IPD, bapa kepada selebriti berkenaan. Mereka tiba menaiki sebuah kenderaan Toyota Alphard berwarna putih.

Terdahulu, polis menjalankan siasatan terhadap keluarga berkenaan kerana didakwa melanggar prosedur operasi standard (SOP) ketika sambutan Hari Raya Aidilfitri.

Klik untuk gambar besar



Ketua Polis Daerah Brickfields Anuar Omar dilaporkan berkata, terdapat video tular yang dimuat naik melalui akaun Instagram kakak kepada selebriti berkenaan yang merakamkan detik sambutan Hari Raya Aidilfitri Khamis lalu di sebuah rumah di Pinggir Zaaba, Taman Tun Dr Ismail.

Siasatan awal mendapati video tular yang berdurasi selama 26 saat itu memaparkan ahli keluarga selebriti berkenaan didapati berkumpul di sebuah rumah ketika sambutan Hari Raya Aidilfitri.










         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: