10 May 2021

ISTERI AHYA ROSLI HAMIL - NORMAH DAMANHURI TERUJA BAKAL TIMANG CUCU KE-17



"2 tahun lepas masa kahwin memang doa minta kat Allah nak baby bila dah ready. Ni dah tiba masa jadi papa dah. Hahaha. Alhamdulillah. Tq ya Allah. Mama paling happy sekali tak sabar dapat 2 terus cucu tahun 2022. Tq mama sentiasa doa yg terbaik utk Ahya and Shahirah.

"Yang paling excited mcm biasa kakak Ahya yg number 4. Love u akak @lianarosli_official love u @ujigorgy @kmbeauty_hq @sweetdara_masterstokis_kl love u sooo much. Terima kasih kepada semua yang wish Ahya x dapat nak reply semua. Semoga semua baik2 sihat dan happy sentiasa.

"@slimbellyofficialhq bidadariku semoga sihat sentiasa cantik. Sayang baby sangattt," demikian tulis anak kepada pelakon veteran Normah Damanhuri iaitu pelakon dan model, Ahya Rosli dimana dia bakal bergelar bapa apabila isterinya, Shahirah Sanusi kini sedang hamil anak pertama.

Klik untuk gambar besar



Berita gembira turut dikongsikan oleh kakak Ahya, usahawan sensasi Liana Rosli atau mesra disapa Kak KM dengan memuat naik perkhabaran tersebut melalui sebuah video yang merakamkan detik dia bersama seisi keluarga teruja apabila hasil kit ujian kehamilan menunjukkan Shahirah kini berpotensi besar berbadan dua.

"Alhamdulillah syukur dapat anak buah lagi. Congratulations adik akak," katanya pada ruangan kapsyen sambil disusuli dengan ucapn tahniah ramai.

Dalam video tersebut, Normah dilihat tumpang gembira lalu memeluk dan mencium menantu kesayangannya itu. Malah pelakon versatil terbabit turut menitipkan kata menerusi satu entri terkini di laman Instagram. Sambil menzahirkan rasa syukur, Normah antara lain turut teruja apabila dijangka bakal menimang cucu yang ke 17 tidak lama lagi.



"Di bulan ramadhan yang mulia ini dapat dua cucu..jantung hati ku ahya & ira tahniah.. ini cucu ku yang ke 17.. syukur Alhamdulillah.. happy nya mama.

"Ya Allah Ya Tuhan ku tolong jaga dia untuk ku..sihat kan lah tubuh badan nya sehingga melahirkan.. dan kurniakan lah kpd nya anak yang soleh Aamiin yarobbalalamiin," doanya.

Sebelum ini, Liana ada berkongsi berita gembira apabila mendedahkan dia juga kini sedang mengandung. Untuk makluman, Ahya dan isterinya mendirikan rumah tangga pada 29 Mac 2019 di Bukit Kiara Equestrian, Kuala Lumpur.










www.myartis.com / Sumber: Instagram Ahya Rosli, Liana Rosli & Normah Damanhuri

         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: