10 May 2021

MESKIPUN DI SWEDEN, JARAK BUKAN PEMISAH - SAKINAH TERIMA KAD HARI IBU DARI ANAKNYA



"Happy Mother's Day Mummy, I hope you'll find your mojo and I'll be there with you wherever you are. Much love, Anais Adha," itulah tulis kad ucapan anak kepada pelakon Sharifah Sakinah, Anais Adha yang diterbangkan jauh dari Malaysia bersempena dengan sambutan Hari Ibu Sedunia semalam.

Difahamkan Sakinah atau nama sebenarnya Sharifah Nurul Sakinah kini menetap di Sweden untuk menjalani rawatan penyakit yang dialami.

Untuk makluman, Sakinah pernah mendirikan rumah tangga bersama juruterbang, Aliff Adha pada 28 Mac 2015 dan dikurniakan seorang cahaya mata, Anais Adha berusia 4 tahun.

Bagaimanapun, Sakinah memaklumkan rumah tangganya bersama suami telah berakhir pada Mei tahun lalu. Sakinah, 32, mengikat tali pertunangan dengan jejaka dari Sweden, Michael Hansen sekitar Disember tahun lalu.

Klik untuk gambar besar



         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: