27 May 2021

ISU POTONG BARISAN DEK VAKSIN - HOSPITAL SAHKAN EINA AZMAN, SUAMI LAYAK TERIMA KERANA BERISIKO TINGGI



Nama Datin Eina Azman semalam hangat diperkatakan selepas perkongsian seorang individu yang mendakwa pelakon itu memotong barisan untuk mendapatkan vaksin Pfizer.

Malah, individu itu turut mendakwa Eina mendapatkan vaksin di Ipoh sedangkan pelakon itu menetap di Kuala Lumpur. Eina juga ada memuat fotonya selepas menerima vaksin, namun telah pun dipadam.

Terbaru, dalam satu kenyataan, Hospital Raja Permaisuri Bainun, Ipoh tampil menafikan dakwaan tular bahawa Eina Azman dan suaminya memotong barisan untuk mendapatkan suntikan vaksin.

Klik untuk gambar besar



Menerusi kenyataan itu, pihak hospital memaklumkan pasangan itu telah dimasukkan dalam senarai pemerima vaksin oleh doktor pakar kerana dikategorikan sebagai golongan berisiko tinggi.

Dalam kenyataan siaran media itu turut menjelaskan pemberian vaksin bagi fasa kedua telah diberi keutamaan kepada golongan berumur 60 tahun dan keatas serta individu mempunyai korobiditi dan yang berisiko tinggi.

Terdahulu, rata-rata netizen mahukan penjelasan Eina berhubung perkara berkenaan kerana merasakan tidak adil jika benar dakwaan tersebut memandangkan ramai golongan yang lebih memerlukan suntikan Pfizer.





         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: