"So mamat melayu yang kawin dengan minah korea tu have the audacity hina pakaian tradisi org iban. Ni dh bukan cultural appropriation ni dah menghina. Golongan ni yang still fikir org sarawak duduk atas pokok, pakai cawat and held back..
"F*** you @ryzalibrahim," demikian kata pengguna Twitter, mengenai pasangan personaliti media sosial terkenal iaitu Duriankimci yang sekali lagi mencetuskan kontroversi apabila didakwa mempersendakan pakaian tradisional kaum Iban.
Menerusi satu video tular, Ryzal Ibrahim menyamakan pakaian tradisional yang dipakai isterinya, Maryam seperti alas TV dan kain buruk. Seperti sudah dijangka, tindakan Ryzal itu mengundang kecaman netizen yang menyifatkan Instafamous itu tidak sensitif kerana menghina pakaian tradisional kaum itu.
Klik untuk gambar besar
Sedar dirinya dikecam, Ryzal menerusi sebuah video yang dimuat naik di laman Instagram (IG) miliknya telah tampil membuat permohonan maaf. Pemuda berasal dari Kota Bharu, Kelantan itu turut menjelaskan dia tiada niat untuk menghina, sebaliknya hanya bergurau.
Dalam pada itu, Ryzal turut memaklumkan video yang dikongsikannya itu telah dipadamkan serta meluahkan rasa kesal dengan gurauannya itu.
"Saya buat salah, saya bertanggungjawab. Kaum Iban, saya mohon maaf. Saya faham, semua marah dan kecewa dengan perkongsian sensitif gurauan saya dan Maryam yang mengguriskan hati rakyat Malaysia khususnya kaum Iban di Sarawak.
"Saya akui tidak menjaga sensitiviti berbilang kaum di Malaysia, maka saya bertanggungjawab ke atas tutur kata dalam gurauan saya. Tiada sebesar zarah pun niat saya untuk menghina, apatah lagi mencetuskan perbalahan.
"Saya betul-betul bergurau dengan isteri namun kali ini ia melebihi batas. Kepada rakan-rakan yang mengenali, saya minta maaf sekali lagi andai gurauan itu sungguh mengecewakan," tulis Ryzal.
Dalam masa sama, isteri Ryzal turut memuat naik video memohon maaf atas isu tersebut: "I make an apology about yesterday issue. I hope those who have been hurt by us please forgive us," tuis Maryam pula di IGnya.
________________________
No comments:
Post a Comment