27 May 2021

GAGAL PATUHI SOP - KELUARGA ABBY, NORMAN DIKOMPAUN RM8,000 : SITI NURHALIZA & SUAMI KENA RM10,000



Semua sedia maklum mengenai isu yang melanda kepada selebriti Abby Abadi, Norman Hakim serta Datuk Seri Siti Nurhaliza yang sebelum ini menerima kecaman dek kerana didakwa melanggar dan gagal mematuhi prosedur operasi standard (SOP).

Pasangan Abby Abadi dan suaminya, Muhammad Faizal bersama Norman Hakim dan isterinya, Memey Suhaiza telah dikenakan kompaun RM2,000 seorang kerana melanggar SOP semasa Aidilfitri baru-baru ini.

Ketua Polis Selangor, Datuk Arjunaidi Mohamed berkata, Timbalan Pendakwa Raya memutuskan kompaun harus dikeluarkan selepas siasatan mendapati berlakunya pelanggaran SOP.

Terdahulu, kedua keluarga tersebut didakwa melanggar SOP apabila tular foto mereka sekeluarga menyambut hari raya bersama.

Klik untuk gambar besar



Malah, rata-rata netizen mempertikaikan bukankah tidak boleh aktiviti menziarah pada Aidilfitri, namun hairan bagaimana mereka boleh bergambar satu keluarga pada raya pertama.

Seperti diketahui, Majlis Keselamatan Negara sebelum ini mengumumkan ziarah hari raya dan aktiviti berkenaan adalah tidak dibenarkan sepanjang tempoh PKP dilaksanakan.

Sementara itu, Siti Nurhaliza dan suaminya, Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa atau Datuk K dikenakan kompaun RM10,000 kerana gagal mematuhi prosedur operasi standard (SOP) ketika majlis tahnik anak keduanya pada awal Mei lalu.



Menurut Ketua Polis Selangor iaitu Datuk Arjunaidi Mohamed, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri dan penceramah Ustaz Azhar Idrus, Ustaz Don Daniyal dan Ustaz Iqbal turut dikenakan kompaun sebanyak RM2,000 setiap seorang.

Selain itu, turut dikenakan jumlah kompaun yang sama adalah tiga lagi anak Datuk K. Terdahulu, rata-rata netizen mempersoalkan kehadiran individu-individu ternama ke majlis tahnik yang diadakan oleh penyanyi itu.

Malah, ada yang meluahkan rasa tidak puas hati apabila tetamu didakwa dibenar merentas negeri untuk hadir ke majlis tersebut.



         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: