27 May 2021

BOB, LYSSA ANGGAP GURAUAN RYZAL PASAL PAKAIAN TRADISIONAL IBAN SATU PENGHINAAN



"Kalau nak buat lawak pun, janganlah sampai menghina pakaian tradisional kaum dan bangsa lain. Pakaian tradisional Iban bukan senang untuk dibuat dan ia sangat unik. Sama juga dengan pakaian tradisional lain di Malaysia, tetap mempunyai ciri khas dan keistimewaannya.

"Tapi, kalau menyamakan pakaian tradisional dengan kain buruk atau alas meja, itu adalah satu penghinaan. Ingatlah, sebelum bercakap, berfikirlah. Baik buruknya, kita warga Malaysia yang tinggi budi pekerti, kesopanan, kesusilaan serta berbudaya.

"Saya sebagai rakyat Sarawak amat kesal dengan gurauan ini," itulah kata penyanyi Bob Yusof yang menyifatkan gurauan Sensasi YouTube Ryzal Ibrahim sebagai penghinaan terhadap kaum Iban di Sarawak.

Bob yang juga anak jati Sarawak berkata, pakaian tradisional juga termasuk dalam kebudayaan dan ia tidak wajar dijadikan bahan jenaka atau lawak. Selain Bob, penyanyi dan pengacara, Lyssa Jean turut berkongsi kekecewaannya atas tindakan Ryzal.

Klik untuk gambar besar



"Jangan suruh saya lupakan dan maafkan Ryzal. Kenapa sedih? Sebab rasa terhina sangat. Orang di dalam bilik itu pun ikut gelak. Apa ni?" ujarnya.

Lyssa berkata, proses untuk menghasilkan busana Ngepan Iban itu bukanlah satu proses mudah kerana mengambil masa yang sangat lama untuk disiapkan. Lyssa juga bekas peserta AF 2015 berkata, Ryzal sepatutnya berfikir terlebih dahulu sebelum berkata-kata

"Buat Ngepan Iban itu bukan jahit biasa macam jahit Baju Melayu atau Baju Kurung. Ambil masa sangat lama. Nak beli satu set pun, kena tunggu dulu sebab setiap barang dia sangat mahal.


"Aksesori dia pun kalau yang asli lagi mahal dari emas. Sebab dulu, pernah teman nenek saya pergi Lubuk Antu sebab nak cari beberapa aksesori untuk lengkapkan koleksinya.

"Itulah orang cakap. Buat dulu, fikir dan minta maaf kemudian. 'Oh, dia silap. Biasalah,'. Bab adat budaya orang, jangan sentuh. Cubalah orang hina budaya isteri kau, siap semua media buat liputan untuk beri kesedaran katanya.

"Tapi, kau sendiri? Daripada kau sibuk belajar cakap Korea, belajar adab dulu. Isteri kau lagi beradab dari kau. Cuba malu sikit. Saya sudah penat dengan orang yang sering menghina budaya Borneo. 2021 tapi masih ada gurauan bodoh," jelasnya.

Terdahulu, Ryzal memuat naik video di Instagram Story dan telah didakwa mempersenda busana Ngepan Iban yang dipakai Maryam untuk satu penggambaran. Video itu menjadi tular sehingga mendapat kecaman warganet terutama dalam kalangan masyarakat Sarawak.

         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: