"Tembamkan? Tapi orangnya masih sama. "Zulin dah kurus, tudung pun makin pendek. Dulu gemuk elok je tudung labuh"- netizen. Takde maknanya! Saya gemuk ke kurus ke, saya pakai tudung semua jenis. Labuh ada, pendek ada. Saya ni memang begini tapi tak semestinya terus begini.
"Doakan yang baik-baik untuk saya okay..," itulah kata pelakon dan juga personaliti TV Zulin Aziz pada foto dirinya dahulu sehingga ke transformasi dirinya kini, menerusi sebuah hantaran di laman Instagram miliknya.
Meskipun sering dikritik mengenai bentuk tubuh dan fizikal, pelakon dan juga personaliti TV Zulin Aziz hanya tenang dalam menghadapi kata-kata netizen.
Ujar Zulin, dia sering menerima komen mengenai penampilannya yang dikatakan sering memakai tudung singkat dan pendek serta tidak menutupi dada setelah berjaya menguruskan berat badan.
Klik untuk gambar besar
Tidak melatah dengan kritikan tersebut, Zulin berkata, walaupun dia telah berjaya tampil lebih langsing berbanding dulu namun dia masih orang yang sama dan akan terus memperbaiki penampilannya dari semasa ke semasa.
Dalam pada itu, Zulin turut mengucapkan terima kasih buat mereka yang sering memberi semangat dan nasihat dan turut memohon doa orang ramai agar sentiasa mendoakan yang baik-baik untuk dirinya.
Sering tampil ceria dan menyenangkan hati dalam setiap persembahan dan lakonan, Zulin berkata dia kini tidak kisah dengan setiap kritikan asalkan netizen dan juga pengikut media sosialnya bahagia.
________________________
No comments:
Post a Comment