28 May 2021

"SAYA PUNYAI MASALAH KESIHATAN NAMUN TERLALU PERIBADI..." - EINA AZMAN MOHON MAAF ISU VAKSIN



"Saya memohon maaf andai kata perkongsian saya di media sosial menimbulkan rasa kurang senang bagi sesetengah pihak. Saya tidak bermaksud untuk menyinggung sensitiviti sesiapa apatah lagi ketika isu vaksin menjadi perbualan hangat.

"Malah, pihak berwajib juga sudah mengeluarkan kenyataan rasmi berhubung isu ini. Saya sendiri mempunyai masalah kesihatan namun terlalu peribadi untuk dikongsikan kepada umum dan hanya untuk pengetahuan keluarga saja.

"Justeru itu, saya memadam posting daripada paparan di Instagram bagi mengelakkan isu ini daripada bertambah rumit. Dengan rasa rendah diri, saya sekali lagi memohon maaf sekiran2ya video dan gambar yang dimuat naik menimbulkan salah faham.

Klik untuk gambar besar



"Assalamualaikum...," demikian tulis pelakon Datin Paduka Eina Azman yang akhirnya memuat naik kenyataan permohonan maaf susulan perkongsiannya yang menimbulkan rasa kurang senang netizen, selepas beberapa hari berdiam diri.

Menerusi perkongsian di laman Instagram itu, Eina turut mengakui mempunyai masalah kesihatan namun tidak boleh berkongsikan kepada umum kerana disifatkan terlalu peribadi.

Dalam pada itu, ibu kepada cahaya mata kembar sepasang itu menjelaskan dia bertindak memadam perkongsiannya terdahulu bagi mengelakkan isu tersebut berpanjangan.







         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: