12 May 2021

MIZZ NINA TAKUT DIAGUNGKAN ORANG RAMAI: "AGUNGLAH RASULULLAH SAW... SAYA TAKUT ALLAH AKAN TANYA..."



"Kalau rasa nak agungkan seseorang, agungkanlah Rasulullah SAW, para sahabat atau ummul mukminin. Setiap pujian melambung-lambung terhadap sesiapa, sentiasa beserta dengan jangkaan & harapan tinggi.

"Saya rasa, Ya Allah, betul ke saya baik sangat macam tu? Setiap kali baca komen memuji-muji, Ya Allah maafkan mereka tentang apa yang mereka cakap berkenaan saya. Mereka tak tahu siapa saya sebenarnya.

"Maafkan saya dan bantu saya untuk jadi lebih baik daripada apa yang mereka katakan. Saya takut sangat nanti Allah akan tanya, 'apa kamu buat apabila terima pujian begitu? Rasa diri bagus? Atau akan gunakannya untuk perbaiki diri?'.

"Saya takut," itulah kata Mizz Nina yang mengakui berasa takut apabila diagungkan oleh orang ramai kerana setiap pujian pasti akan disertakan dengan jangkaan dan harapan yang tinggi.

Umum mengetahui, baru-baru ini nama Mizz Nina hangat diperkatakan di media sosial apabila rata-rata netizen mengagumi tauladan baik yang ditunjukkan oleh bekas penyanyi itu.

Klik untuk gambar besar



Menerusi satu perkongsian di Facebook, seorang netizen berkongsikan jawapan Mizz Nina berkenaan perkara itu dalam satu program Malaysia Hari Ini.

Kata Mizz Nina lagi, dirinya bukan siapa-siapa dan jika mahu agungkan seseorang agungkanlah, Rasulullah SAW. Mizz Nina juga berkata dia seakan tidak percaya apabila mendengar pandang orang terhadap dirinya kerana mereka tidak tahu tentang dirinya yang sebenar.

Tambah isteri kepada Noh Salleh itu lagi, dia turut takut jika Allah bertanya apa yang dilakukannya sehingga menerima pujian tersebut kerana baginya dia tidak layak.

         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: