"Kerana nafsu dan keseronokan, orang yang tidak bersalah menjadi mangsa. Jangan memainkan mangsa dengan keadaan yang anda cipta," demikianlah tulis pelakon Nabila Huda apabila dia kini dijangkiti Covid-19 selepas sebelum ini pelakon Nora Danish dan Tiz Zaqyah disahkan positif wabak itu pada minggu lalu.
Nabila atau lebih mesra dipanggil Abil menerusi laman Instastory miliknya pada Rabu memuat naik beberapa status memberi gambaran dirinya menjadi mangsa kedegilan orang lain.
Pelakon berusia 37 tahun ini mengakui dia perlu reda dengan apa yang terjadi dan menganggap jangkitan tersebut disebabkan kecuaian orang yang tidak bertanggungjawab.
Klik untuk gambar besar
"Kalau tak ada sebab nak keluar, duduk rumah diam-diam. Disebabkan degil, orang yang tak bersalah jadi mangsa. Kesakitan yang datang berpunca dari kepentingan dan kecuaian orang lain ini dipanggil teraniaya.
"Kita kena reda dengan qada dan qadar. Ini bukan kena reda, ini adalah penyakit yang dicari atas kedegilan sendiri. Kesakitan yang ditanggung kerana kedegilan dan kepentinagn orang lain sudahlah kesakitan yang amat menyakitkan.
Sebelum ini, bapa kepada pelakon itu iaitu penyanyi Amy Search mengesahkan Nabila atau nama penuhnya Nabila Huda Suhaimi dijangkiti wabak tersebut.
Menerusi laporan media, Amy memberitahu pelakon drama siri 'Covid Oh Covid' itu sudah mengalami beberapa simptom antaranya hilang deria bau, batuk dan selsema. Menurut Amy atau nama sebenarnya Suhaimi Abdul Rahman, 63, keluarganya serta anak dan suami Nabila tidak dijangkiti Covid-19.
Pada Selasa, Nabila memuat naik status ucapan kelahiran anaknya Keisha Laila yang ke-11 tahun di Instagram dan turut meluahkan rasa sedih kerana tidak dapat menyambut raya bersama keluarganya.
Untuk makluman, Nabila mendirikan rumah tangga dengan Mohd Izwan Johar pada 25 Disember 2015 dan aktres itu mempunyai seorang cahaya mata perempuan bernama Keisha Laila menerusi perkahwinan pertama.
________________________
No comments:
Post a Comment