28 May 2021

"RASA MACAM NAK BOTAKKAN RAMBUT SAJA!" - PAKAI GELANG PINK, USOP AKUI TERTEKAN KENA BERKURUNG



"Saya kontak rapat seorang kawan baik dan dikehendaki buat swab test di pusat kesihatan berdekatan... keputusan ujian belum keluar lagi tapi diarahkan kuarantin sampai 2 Jun ini.

"Doa-doakanlah negatif! Sejujurnya risau juga tapi buat masa ini saya tiada alami sebarang simptom atau gejala Covid-19... walaupun rasa sihat, saya tetap patuh menyelesaikan kuarantin ini hingga selesai.

"Sekarang ini dekat mana-mana pun ada virus, memang kena berhati-hati. Yang penting kalau keluar kena jaga SOP sebab kita pun tak tahu kalau orang sebelah kita bawa virus ini.

Klik untuk gambar besar



"Kerjaya memang terjejas teruk. Nak menyanyi pun tak boleh, show memang tak ada. Malah, perniagaan saya bersama mak di Kedah pun terpaksa dihentikan kerana peningkatan kes. Lagi pula sekarang kena kuarantin, berkurung dalam bilik seorang diri bertambahlah tekanan... rasa macam nak botakkan rambut saja!

"Apa-apa pun kita doakan keadaan kembali pulih macam biasa dan kita semua boleh bekerja semula. Saya pun tengah usaha mendaftar untuk pengambilan vaksin dan berharap proses itu nanti dipercepatkan," jelas penyanyi Usop yang memberitahu dia terpaksa menjalani kuarantin diri selama seminggu, gara-gara menjadi kontak rapat kepada salah seorang pesakit Covid-19.



Usop atau nama sebenar Muhammad Saiful Naim Muhammad Noor, 23, berkata dia dipakaikan gelang pengawasan dan dikehendaki mengasingkan diri untuk pemantauan sehinggalah disahkan bebas daripada jangkitan virus tersebut.

Bekas peserta Mentor Milenia 2017 itu baru-baru ini telah berkongsi foto menerusi laman Instagram dimana dia memakai gelang berwarna merah jambu dengan menyertakan emoji sedih.

Sementara itu, Usop berkata semenjak pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 ini dia mengalami sedikit tekanan, lebih-lebih lagi apabila tidak dapat meneruskan kerjaya seni seperti biasa.


         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: