28 May 2021

"UGA UGA" - KOMEN SEAKAN 'PERLI' BUDAYA SARAWAK, ZYNAKAL TERIMA KECAMAN



Ketika ini sedang hangat diperkatakan mengenai Ryzal Duriankimchi dimana dia telah dikecam teruk selepas didakwa menghina pakaian Iban. Terkini, penyanyi Zynakal pula didakwa menghina budaya Sarawak.

Isu itu timbul apabila Zynakal meninggal komen di perkongsian foto penyanyi rap, Yonnyboii yang disifatkan satu penghinaan buat masyarakat Sarawak: "UGA UGA," tulis Zynakal.

Meninjau ke ruangan komen, rata-rata netizen menyifatkan komen tersebut sebagai sindiran seakan-akan menyamakan budaya Sarawak seperti orang zaman batu.

Klik untuk gambar besar



"Dia fikir kelakar ke? Muka hauk pun ada hati nak uga-uga dekat orang lain. - "Komen tak ingat dunia, lepas tu nanti mulalah nak bunuh dirilah, tekanan perasaanlah, setan rasuklah," antara komen netizen.

Dalam pada itu, ada segelintir netizen mempertahankan Zynakal dengan beranggapan penyanyi itu hanya bergurau serta meminta berhenti mengecamnya susulan masalah depresi yang dihadapinya sebelum ini.

Hasil tinjauan mendapati selepas dikecam teruk, komen tersebut telah dipadam oleh Zynakal dan Yonnyboii bertindak menutup ruangan komen foto berkenaan.




         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: