07 May 2021

"WALAUPUN KEPALA AKU TERKEHEL..." - TAJUL BERSYUKUR ISTERI SELAMAT BERSALIN ANAK LELAKI



"Alhamdulillah, berkat doa korang semua... tak sampai satu jam bertarung nyawa dalam bilik bersalin, isteri saya selamat bersalin dengan normal. Baby boy, sepasang dah dapat!

"Walaupun kepala aku terkehel tadi sebab bini aku tarik semasa contraction dia sangat kuat. Nasib baik masih selamat," demikianlah kata penyanyi Tajul Ariff yang memaklumkan isterinya iaitu Nurul Shamieza Eddie telah pun selamat melahirkan cahaya mata kedua mereka pada petang Khamis.

Tajul atau nama penuhnya Tajul Ariff Noor Md. Shari berkata bayi lelaki seberat tiga kilogram itu dilahirkan secara normal di sebuah pusat perubatan di Kajang, Selangor.

Penyanyi lagu 'Sedalam-Dalam Rindu' ini berkongsi berita gembira itu menerusi laman Instagram miliknya. Sementara itu, Tajul memberitahu dia akan mendedahkan nama anaknya itu tidak lama lagi.

Klik untuk gambar besar



Dalam hantaran yang sama, dia turut mengucapkan terima kasih kepada pihak hospital kerana memberi layanan yang baik sepanjang proses bersalin itu.

"Nama baby nanti Tajul akan umumkan. Terima kasih banyak kerana perkhidmatan terbaik diberi kepada kami dan doktor, jururawat dan staf banyak membantu. Terima kasih semua yang mendoakan... sayang korang!" ujarnya.

Untuk makluman, Tajul mendirikan rumah tangga dengan Nurul Shamieza tiga tahun lalu dan mereka dikurniakan anak sulung perempuan bernama Adriana Carisa yang kini berusia setahun.






www.myartis.com / Foto: Instagram Tajul Ariff

         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: