29 June 2021

ANAK KAK KM TERIMA TAWARAN UM: "KORANG DUK MENGATA AKU... TENGOK ANAK AKU PANDAI"



"Alhamdulillah syukur terima kasih ya Allah.... Tahniah anak mama @nabilamalu. UNIVERSITI MALAYA anak aku. Hanya Allah je tau apa rasa perasaan ni bangganyaaa rasa berbaloi. Hilang penat lelah ni...

"Anak mama memang pandai sejak kecik lagi... 3 tahun lebih dah pandai membaca. Dapat BEST STUDENT KAT SEKOLAH... ya Allah happynyaaaa," demikian tulis usahawan sensasi Liana Rosli atau lebih mesra disapa Kak KM yang meluahkan rasa syukur apabila anak perempuannya menerima tawaran untuk menyambung pengajian peringkat Diploma di Universiti Malaya (UM).

Kak KM yang merupakan anak kepada pelakon senior Normah Damanhuri, berkongsi berita gembira serta surat tawaran anaknya itu menerusi laman Instagram miliknya untuk tatapan umum. Melihat daripada perkongsian tersebut, anaknya bernama Nabila Razman memperoleh tawaran bagi melanjutkan pengajian dalam bidang pengurusan perniagaan bertempat di UMCCed, UM, Kuala Lumpur.

Klik untuk gambar besar



Meninjau di ruangan komen, rata-rata wargamaya memberikan ucapan tahniah pada Kak KM sekeluarga dan mendoakan agar pengajian Nabila berjaya. Sehingga kini, perkongsian itu telah mendapat hampir 30,000 tanda suka daripada pengikutnya.

"Bukan senang nak masuk UM. Tahniah Kak KM" - Congrats Nabila. Hiraukan apa orang cakap. Suka tengok Kak KM satu family" - "Tahniah Nabila. Belajar elok elok dear, zaman Covid ni lagi mencabar" - "Alhamdulillah tahniah Bella. Terus maju untuk buktikan depat orang yang mengata tu habuk pun takdak" - "Dah la cantik, pandai pulak tu. Tahniah Bella," itulah komen beberapa wargamaya.











         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: