10 June 2021

BERJAYA KUARANTIN SENDIRI - MICHAEL ANG TUNAI JANJI, BERI RM500 KEPADA 10 PENGIKUTNYA



Menerusi muat naik di laman Instagram, pengarah dan pelakon Michael Ang telah menunaikan janjinya apabila dia telah memilih 10 orang yang berjaya menyahut cabaran 'self lockdown' dimana ganjarannya RM500.

Menurut Michael, 45, dia hanya meletakkan syarat yang mana pengikutnya hanya perlu patuh dengan duduk di rumah sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0.

"Sejujurnya saya memang tidak terlintas nak buat benda ini tapi tiba-tiba idea datang untuk galakkan orang ramai self lockdown sendiri. Saya buat cabaran ini pun sebelum total lockdown dilaksanakan pada 1 Jun lalu... saya dah pun pilih 10 pengikut Instagram secara random, siapa kena, dia dapatlah duit tu.

"Saya memang tak periksa profil masing-masing yang terpilih ni sebab saya percayakan semua pengikut saya... dalam lebih 7, 000 yang komen itu saya pasti semuanya memang memerlukan bantuan, saya cuma bantu mana yang termampu," katanya dipetik sebagai berkata kepada media.

Klik untuk gambar besar



Tindakan itu menerima pujian, pengarah drama siri 'Perempuan Tanpa Dosa' ini juga berkata, dia akan melakukan perkara begitu lagi jika dikurniakan rezeki lebih pada masa akan datang.

"Saya tahu ramai cakap RM500 untuk seorang itu banyak, kenapa tak beri RM200 seorang agar lebih ramai yang dapat duit itu. Tapi saya percaya RM500 itu cukup bagi enam sekeluarga contohnya untuk bertahan selama sebulan sekiranya mereka berjimat-cermat, InsyaAllah.

"Kalau saya dikurniakan rezeki lebih, saya memang akan buat lagi macam ini nanti... saya memang simpati dengan mana-mana pihak yang terkesan dalam keadaan sekarang ni," ujarnya lagi.



TOTAL LOCKDOWN MEMBUAT BARANGAN DAPUR DAN BEBERAPA KEPERLUAN RUMAH YANG LAIN MAKIN KURANG? JOM SHOPPING DARI RUMAH SAHAJA TANPA PERLU MERISIKOKAN DIRI KE SUPERMARKET, KEDAI RUNCIT ATAU KE PUSAT MEMBELI BELAH.

LINDUNG DIRI, LINDUNG SEMUA!

PALING TERKINI DAN PALING LARIS... JUALAN ISTIMEWA, DISKAUN HEBAT BARANGAN DAPUR JENAMA TEFAL YANG TAK MELEKAT SERTA ANTI CALAR.




Selain membantu pengikutnya di media sosial, Michael turut memperuntukkan sedikit wang bagi membantu rakan-rakan selebriti dan kru produksi yang memerlukan.

"Saya ada juga membantu rakan selebriti dan kru produksi yang mana susah... tapi yang ramainya banyak saya tolong kru produksi sebab mereka ini, kalau tiada kerja memang tiada pendapatan. Saya faham kedudukan mereka, fasal mereka kalau tak kerja, mana ada duit... jadi saya bantu mana yang boleh," jelasnya.

Sementara itu, berbicara mengenai tempoh total lockdown yang berlangsung sehingga 14 Jun ini, Michael berharap ia akan disambung sehingga kes Covid-19 benar-benar dapat dikawal.

"Kalau boleh, saya minta ia diteruskan sebab kita kena betul-betul belajar daripada kesilapan lalu... semua pihak perlu sentiasa menjaga SOP. Dulu bila kes dah turun sikit, orang kita terus riak pergi bercuti, kali ini kita buat betul-betul jangan ulangi kesilapan lalu. Biarlah kita suffer sekali ini sahaja kalau tidak sampai bila-bila kita akan terus PKP," akhirinya.



         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: