09 June 2021

BILA AYDA JEBAT DEDAH CINCIN BEKAS KEKASIH SUAMI MASIH DISIMPAN



Pasangan selebriti Ayda Jebat dan Nabil Mahir tidak lokek berkongsikan momen bahagia mereka di laman Instagram masing-masing. Malah tidak lama lagi, pasangan yang hampir enam bulan melayari bahtera rumah tangga itu bakal menimang cahaya mata pertama.

Ayda myang merupakan seorang penyanyi dan pelakon itu baru-baru ini, dilihat ada membuka ruangan pertanyaan buat pengikutnya untuk bertanyakan mengenai suaminya menerusi Insta Story.

Dalam entri tersebut, ada pengikut Ayda bertanyakan adakah suaminya seorang yang kuat cemburu memandangkan Ayda sering terpalit dengan kontroversi cinta lokasi. Bagaimanapun, Ayda berkata Nabil bukan seorang yang cemburu.

Klik untuk gambar besar



Namun, lebih menjadi perhatian apabila ada yang bertanyakan soalan berkaitan bekas kekasih Nabil, adakah mereka pernah putus tunang.

Ayda menjawab suaminya tidak pernah putus tunang kerana tidak sempat untuk bertunang. Lebih mengejutkan Ayda meminta suaminya menyimpan cincin tunang berkenaan sebagai tanda kenangan.

Apa pun, semoga proses kehamilan Ayda dipermudahkan dan rumah tangga yang dibina bersama Nabil kekal bahagia hingga ke akhir hayat.

         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: