21 June 2021

BILA ZULIN AZIZ TUNJUK BAKAT LUKIS WAJAH SITI NURHALIZA & DATUK VIDA



Menerusi muat naik di laman Instagram, pelakon dan personaliti TV, Zulin Aziz telah menunjukkan bakatnya melukis potret beberapa selebriti terkenal seperti Datuk Seri Siti Nurhaliza dan Datuk Seri Vida.

Ramai peminat terpegun dengan hasil lukisan Zulin yang kelihatan cantik dan seiras. Malah, ada pengikutnya tidak menyangka Zulin memiliki kelebihan serta bakat istimewa seperti itu: "Berbakat sangat Kak Zulin kita ni..," komen seorang pengguna media sosial Instagram.

Dalam entri tersebut, Zulin telah memuat naik video pendek proses melukis potret Siti Nurhaliza yang menurutnya mengambil masa lebih kurang 1 jam untuk disiapkan.

Klik untuk gambar besar



Sementara itu, di hantaran berbeza yang dimuat naik Zulin, dia turut memaparkan gambar Vida yang turut mendapat pujian ramai. Ianya turut mendapat reaksi tuan badan sendiri yang tampil memuji bakat pelakon drama 'Di Penjara Janji' itu.

"Masya Allah.. cantik hasil lukisan @zulinaziz.. serba boleh.. masak boleh.. meniaga pandai.. gewe smart.. bahagia till jannahh..," komen Vida di hantaran tersebut.















         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: