27 June 2021

DIDAKWA TIADA SOP DI PESTA DURIAN - JAMAL ABDILLAH DIPANGGIL POLIS



"Betul itu adalah saya, jadi saya nak mohon maaf kepada semua kerana terleka.

"Sebenarnya saya ke sana kerana urusan untuk dapatkan baja untuk kolam ikan.

"Lepas itu kawan-kawan yang ada dusun durian ajak saya makan durian, saya ikut la. Orang jemput makan takkan saya nak tolak… hanya singgah sekejap je," ujar penyanyi Jamal Abdillah mengenai dakwaan yang tular mendakwa dia melanggar SOP gara-gara makan durian.

"Kebetulan tempat tu ada set karaoke, sambil makan… saya menyanyi.

"Sebelum tu saya pakai pelitup muka tapi apabila nak makan dan nyanyi, saya letak tepi," dakwanya dipetik sebagai berkata.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Tapah, Superintendan Wan Azharuddin Wan Ismail berkata, pada jam 2 petang hari ini, polis mengesan penularan gambar majlis sosial itu di Facebook (FB).

Klik untuk gambar besar



Katanya, majlis berkenaan membabitkan selebriti tempatan dan beberapa individu di sebuah ladang sekali gus melanggar prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0.

"Melalui gambar tular itu, mereka tidak ada penjarakan sosial dan ada juga tidak memakai pelitup muka.

"Gambar berkenaan dipercayai dirakam pada 24 Jun lalu oleh individu yang turut serta dalam majlis terbabit," katanya dalam satu kenyataan media, hari ini.


Wan Azharuddin berkata, ahli perniagaan tempatan dan beberapa penduduk kampung turut hadir dalam jamuan itu sambil berkaraoke.

Katanya, polis menjalankan siasatan mengikut Peraturan 17 (1) Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 2021 serta Seksyen 269 Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi Multimedia 1998.

“Semua individu terbabit akan dipanggil dalam tempoh terdekat untuk diambil keterangan bagi membantu siasatan.

“Polis ingin menasihatkan orang ramai supaya tidak menganjurkan sebarang bentuk majlis atau perhimpunan sepanjang tempoh PKP 3.0 dan sentiasa mematuhi SOP yang dikeluarkan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN),” tambahnya.

TERKINI:
Polis sudah mengambil keterangan Datuk Jamal Abdillah berhubung kes pelanggaran prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 dalam satu majlis sosial di sebuah ladang di Kampung Poh, Bidor pada Khamis lalu.

Penyanyi berusia 62 tahun itu tiba di pekarangan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tapah pada jam 1.30 petang pada Ahad untuk membantu siasatan.

"Selain dua selebriti, kita juga telah memanggil enam individu lain termasuk penganjur untuk diambil keterangan. "Keenam-enam individu tersebut hadir untuk siasatan," katanya ketika dihubungi media.

         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: