13 June 2021

"INSYA-ALLAH, DOAKAN SAYA" - FAZURA ULAS IMEJ BERHIJAB



Sejak akhir-akhir ini, pelakon dan penyanyi Nur Fazura dilihat kini sudah berhijab seperti dipamerkan menerusi akaun Instagram (IG). Berhubung spekulasi tersebut, Fazura bagaimanapun enggan mengesah atau menafikan penampilannya yang kini menjadi bualan ramai.

Fazura juga tidak berhasrat mengulas lanjut mengenai imej terbaharu, sebaliknya lebih selesa soalan berkaitan penghijrahan tidak terlalu digembar-gemburkan.

"Insya-Allah, doakan saya." kata ibu kepada cahaya mata perempuan ini secara ringkas.

Meskipun bukan perkara baharu berikutan pelakon filem 'Dendam Pontianak' itu sering tampil berhijab terutama pada Ramadan, namun ia menjadi tanda tanya selepas imej bertudung berterusan dimuat naik dalam setiap hantaran dalam IG, kecuali untuk video atau foto membabitkan kerjaya yang sudah dirakam lebih awal.

Meninjau ruangan komen, rata-rata pengikut isteri kepada pelakon Fattah Amin itu memuji penampilannya dan mengharapkan terus berkekalan.

Klik untuk gambar besar







         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: