13 June 2021

"SEMBAHLAH AKU..." - PU SYED TEGUR IQRAM DINZLY, DAKWA MEMESONGKAN AKIDAH



Nama pelakon Iqram Dinzly nampaknya sekali lagi menjadi bualan apabila dia 'buat hal' dengan didakwa cuba memesongkan akidah anak muda dalam agama Islam. Untuk makluman, ini bukan pertama kali Iqram melakukan perkara yang aneh dan menimbulkan kontroversi.

Menerusi aplikasi Bigo Live bersama seorang remaja, Iqram yang dilihat telah mengenakan solekan yang mengerunkan pada wajahnya itu cuba ditegur.

Remaja berkenaan cuba mengingatkan Iqram tentang Tuhan, namun, pelakon lelaki itu bercakap kenyataan yang boleh memesongkan akidahnya.

Malah setiap peringatan dari remaja tersebut Iqram hanya respon dengan ayat "Sembahlah aku. Jadi sembahlah aku...". Malah, aksi dan mimik muka Iqram ketika itu juga mengerikan.

Klik untuk gambar besar



Klip tersebut bagaimanapun telah mendapat respon daripada Pencetus Ummah (PU) Syed yang tampil menegur Iqram menerusi akaun Instagram miliknya baru-baru ini.

Dalam entri tersebut, PU Syed mengingatkan agar anak muda atau pengguna media sosial yang lain supaya tidak layan sekiranya pelakon itu buat Live. Ini kerana bimbang akan terpesong akidah dan tidak mendapat sebarang manfaat dari inteaksi sedemikian.

Tambahan pula, pada pandangan PU Syed, pelakon lelaki itu perlukan rawatan dari segi kerohanian dan akidah kerana khuatir akan tersimpang lebih jauh.



"Dia perlu bawa untuk dapatkan rawatan.. kalau benar dia sakit.. tapi kalau dibuat dalam keadaan sedar.. perlu diambil tindakan undang-undang kerana telah merosakkan akidah diri dan umat Islam yg lain," tulis PU Syed.

Teguran PU Syed itu bagaimanapun telah mendapat respon dan maklum balas sendiri dari Iqram. Pelakon berkenaan meluahkan rasa berang dan tak bersetuju dengan komen pendakwah tersebut, malah mahu membawa perkara itu ke muka pengadilan.

Sementara itu, PU Syed telah memut naik status terbaharu di laman sosialnya diman beliau mengakui tidak takut dengan segala ugutan kerana percaya apa yang ditegur itu betul.

"Ambe (saya) tak takut jika benda yang ambe tegur itu adalah benda betul dan salah di sisi agama..ambe tak ada masa untuk melayan seseorang yang bermain dengan akidah Islam utk kepuasan diri dan nafsunya...," katanya.








         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: