09 June 2021

ISU RENTAS NEGERI UNTUK BERNIKAH - PENGASUH AAFIYAH JELAS POLIS SUDAH BERI KEBENARAN



"Saya pulang ke Pulau Pinang sebelum arahan lockdown. Ikut perancangan awal saya sepatutnya bernikah pada 4 Jun tapi terpaksa diawalkan pada 31 Mei disebabkan total lockdown. Kiranya panic nikah juga lah, tapi Alhamdulillah semuanya dipermudahkan. Polis beri kebenaran sebab memang kami dah lama planning dan memang dah ada tarikh nikah pun.

"Rasanya kalau orang tu tiba-tiba nak balik bernikah mungkin mereka tidak akan dibenarkan," demikian perjelasan Nur Hidayah Zubit, pengasuh Siti Aafiyah iaitu anak kepada penyanyi Datuk Seri Siti Nurhaliza, yang tampil menjawab dakwaan yang telah dilakukan oleh netizen kepada dirinya mengenai isu dirinya melanggar prosedur operasi standard (SOP) ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sedang dijalankan.

Pengasuh Aafiyah yang sudah lebih seminggu mendirikan rumah tangga itu menjelaskan perjalanannya pulang ke rumah keluarganya di Pulau Pinang untuk melangsungkan pernikahan bersama suami telah mendapat kebenaran sah dari pihak berkuasa.

Klik untuk gambar besar



Tambahnya lagi, memang tiada sebarang majlis dilangsungkan cuma hanya ada dirinya, suami, bapa sebagai wali dan juga juru nikah di Pejabat Agama Seberang Perai Utara.

Sebelum ini heboh apabila netizen mendakwa Nur Hidayah merentas negeri ke Pulau Pinang untuk melangsungkan pernikahnnya dan lebih menimbulkan rasa keresehan apabila dia didapati bergerak ke Pantai Timur.






         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: