09 June 2021

ALL TOGETHER NOW MALAYSIA - POLIS TIDAK BUKA KERTAS SIASATAN KERANA RAKAMAN LAMA



"Tiada sebarang tindakan akan diambil oleh pihak polis kerana program berkenaan dirakam sewaktu Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) sedang dikuatkuasakan dan bukannya sewaktu PKP 3.0 seperti yang didakwa oleh orang ramai.

"Rakaman sewaktu tempoh PKPP itu difahamkan telah mendapat kebenaran daripada pihak Majlis Keselamatan Negara (MKN) jadi untuk sebarang perkembangan boleh rujuk dengan mereka," jelas Ketua Polis Daerah Putrajaya, Asisten Komisioner Mohd. Fadzil Ali yang memaklumkan, setelah semakan dibuat, pihaknya mendapati rakaman program realiti All Together Now Malaysia telah dibuat sebelum arahan PKP 3.0 dikuatkuasakan.

Maka dari itu, tiada kertas siasatan dibuka oleh pihak polis susulan dakwaan tidak mematuhi prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) oleh selebriti yang terlibat dalam rakaman program tersebut yang tular baru-baru ini.

Klik untuk gambar besar



Baru sahaja ditayangkan, namun program All Together Now Malaysia telah menerima kritikan ramai ekoran dakwaan tidak mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan kerajaan.

Program ini mula menjadi bualan ramai di laman media sosial selepas netizen mempersoalkan jumlah juri yang menyertai prgram tersebut selain kesemuanya yang dilihat tidak mengenakan pelitup muka sepanjang program itu berlangsung.

Malah kecaman yang masih berterusan itu membuatkan pihak Astro memilih untuk menangguhkan sementara tayangan buat sementara waktu bagi memberi laluan kepada siasatan pelanggaran SOP selesai dijalankan.



         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: