15 June 2021

LISA SELAMAT LAHIRKAN 'BABY BOY' - YUSRY TERIMA HADIAH BERMAKNA SEMPENA HARI LAHIR



"Alhamdulillah. Lisa telah selamat melahirkan bayi lelaki pada jam 2.30 pagi tadi. Baby & Mummy kedua-dua dalam keadaan baik. Syukur. What a birthday present. Welcome to the world Junior!" demikianlah kata pengarah dan pelakon, Datuk Yusry Abdul Halim yang berkongsi berita gembira menerusi laman Instagram.

Dalam entri tersebut, Yusry memaklumkan isterinya, pelakon Datin Lisa Surihani selamat melahirkan anak ketiga mereka yang merupakan bayi lelaki pada jam 2.30 pagi hari ini. Yusry turut meluahkan rasa syukur isteri dan bayi lelaki mereka berada dalam keadaan baik.

Lebih manis, Yusry berkata kelahiran anak ketiganya itu adalah hadiah paling bermakna sempena ulang tahun kelahirannya yang ke-48 hari ini (15 Jun).

Klik untuk gambar besar



Perkongsian Yusry itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang meluahkan rasa syukur dan mengucapkan tahniah buat pasangan selebriti itu.

Untuk makluman, Yusry dan Lisa mendirikan rumah tangga pada Februari 2012. Pasangan itu dikurniakan dua cahaya mata, Yahaira Leanne, 6 serta Yusof Leonne kini berusia empat tahun.






         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: