Pelakon Nina Iskandar, 30, sejak akhir-akhir ini dilihat memuat naik foto penampilan terbarunya yang kini bertudung menerusi laman Instagram miliknya.
Menurut Nina, dia tidak mahu mengiyakan ataupun mengeluarkan sebarang penyataan selepas ditanya oleh seorang peminat mengenai penampilan terbarunya itu.
Pertanyaan tersebut ditanya oleh seorang pengikut menerusi Ask Me Question di Instagram Story yang bertanya sama ada Nina sudah sepenuhnya bertudung: "Sis memang dah sepenuhnya bertudung ke?" komennya.
Selepas hampir lima tahun membuat keputusan untuk tidak lagi memakai tudung, pada akhir tahun lepas, Nina menampilkan penampilan baru apabila seringkali terlihat memuatnaik gambar di Instagram seperti sudah kembali bertudung.
Klik untuk gambar besar
________________________

No comments:
Post a Comment