18 June 2021

PENGURUSAN KES LANGGAR SOP NEELOFA, PU RIZ DITUNDA PADA 15 JULAI DEPAN



"Mahkamah Majistret menetapkan 15 Julai sebagai tarikh pengurusan kes seterusnya," itulah kata peguam pasangan selebriti Noor Neelofa dan PU Riz iaitu M Haresh yang memaklumkan, pengurusan kes dakwaan melanggar prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di sebuah kedai karpet di Nilai, dekat sini dijadualkan pada 23 Jun ini telah ditangguhkan susulan perlanjutan Perintah Kawalan Pergerakan.

Pengurusan kes Neelofa atau nama penuhnya Noor Neelofa Mohd Noor dan suaminya itu ditunda pada 15 Julai depan. Pada 20 Mei lalu, pasangan itu mengaku tidak bersalah atas tuduhan mengikut Peraturan 19, Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-Langkah Di Dalam Kawasan Tempatan Jangkitan (Kawalan Pergerakan Bersyarat (No 4) (Pindaan) (No 12) 2021.

Kesalahan itu didakwa dilakukan mereka ketika berada di sebuah premis menjual karpet di pusat perniagaan Nilai 3 pada pada 2 Mei lalu.Mereka berdepan dengan hukuman denda tidak melebihi RM50,000 atau penjara hingga enam bulan atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.

Klik untuk gambar besar



Pu Riz atau nama sebenarnya Muhammad Haris Mohd Ismail, 26, didakwa atas dua kesalahan gagal mematuhi SOP PKPB dengan tidak membuat imbasan aplikasi MySejahtera untuk daftar masuk atau menulis secara manual serta tidak memakai pelitup muka di Kedai Naeem Carpet Sdn Bhd, Kawasan Perindustrian Nilai 3, Nilai, jam 4 petang pada 2 Mei lalu.

Manakala Neelofa, 32, pula dituduh tidak membuat imbasan aplikasi MySejahtera untuk daftar masuk di premis itu atau menulis secara manual pada masa dan tarikh sama.

         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: