18 June 2021

"SELEPAS 5 HARI... ATUK DISAHKAN POSITIVE" - NENEK ELFIRA LOY KEMBALI KE RAHMATULLAH



"Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh. Alhamdulillah dah selesai semua proses pengebumian nenek atok saya pada hari Jumaat yang mulia ini.

"Atok, Fira sayang atok. Fira takkan lupa doa untuk atok hari hari. Fira mintak kat Allah supaya atok tenang je dekat sana ok. Fira mintak Allah hiasi kubur atok seperti taman di syurga. Fira mintak atok tak rasa keseorangan. Atok tak suka sorang sorangkan.

"Fira ada kat sini. Solat untuk atok. Doa untuk atok. Sedekah untuk atok. Al-Fatihah atok, Siti Rokiyah Binti Saad," demikianlah tulis pelakon, Elfira Loy yang berkongsi khabar duka apabila neneknya, Siti Rokiyah Saad telah kembali ke rahmatullah.

Klik untuk gambar besar



Menerusi hantaran di laman Instagram, ibu kepada seorang cahaya mata ini memberitahu upacara pengebumian neneknya telah selesai dan berjalan dengan lancar. Di samping itu, pelakon berusia 27 tahun ini mendoakan agar roh arwah neneknya tenang dan mendapat rahmatNya.

Elfira atau nama sebenarnya, Nurul Elfira Loy Ahmad Sabri, 27, dalam satu hantaran lain pula memberitahu, Allahyarham neneknya disahkan positif Covid-19 selepas lima hari dimasukkan ke hospital bagi menjalani pembedahan di bahagian kaki akibat kencing manis. Katanya, selain arwah beberapa pesakit yang berada di wad yang sama turut terkena jangkitan virus bahaya itu.

"Sebenarnya berat nak cerita, belum cukup nafas nak tahan air mata ni. Tapi untuk elakkan cerita bercelaru. El ceritakan, Atuk El warded dekat hospital sebab operation kaki, Alhamdulillah semua okay cuma memang duduk hospital untuk di monitor.



"Selepas beberapa hari, it was her turn to take the vaccine. Alhamdulillah semuanya ok. Atuk tak mengalami sebarang symptom teruk. Tapi selepas 5 hari tak silap El, atuk disahkan positive. Disebabkan ada outbreak dalam ward. Ada berbelas orang disahkan positive.

"It happened, in the hospital. Puncanya dari siapa masih tak tahu. Memang terkilan, Tapi Allah yang menentukan, kami hanya Redha dengan ketentuan ini," tulisnya lagi.

Sementara itu, adik Elfira iaitu pelakon Ahmad Ezzrin Loy menerusi Instagram meluahkan rasa syukur apabila diberi peluang melaksanakan proses pengebumian Allahyarham dengan memakai pakaian lengkap perlindungan diri (PPE).



"Malam semalam (Khamis) kami kehilangan nenek tersayang. Saya sangat bersyukur dapat menemaninya buat kali terakhir hari ini. Terima kasih juga kepada KKM (Kementerian Kesihatan Malaysia) kerana menyediakan saya dan Abang Faris (suami Elfira) untuk pengebumian nenek. Alhamdulillah, semuanya dipermudahkan," katanya.

Terdahulu menerusi laporan media, nenek Elfira pernah disahkan positif Covid-19 pada 8 Jun lalu dan telah menjalani kuarantin di sebuah hospital. Melihat di ruangan komen, rata-rata peminat dan rakan selebriti menitipkan ucapan salam takziah kepada Elfira sekeluarga.

"Takziah el, semoga Atok di tempatkan di syurga," tulis pelakon Janna Nick. - "Salam takziah.. semoga arwah ditempatkan dikalangan hamba hamba yang beriman. Aamin..," titip seorang peminat. - "Al-Fatihah. Semoga syurga buat arwah atok," tulis seorang warganet yang lain.





         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: