"Selamat hari lahir bidadariku. Sorry bidadariku sayang abang tiada di rumah. Masih berada jauh.
"Syukur sempat buat kejutan buat bidadari. Terima kasih bidadariku. I love you sayangku. Rindu teramat sangat," tulis Ebit Lew yang tidak berpeluang meraikan ulang tahun kelahiran isterinya kerana terkandas di sempadan Palestin bagi Misi Bantuan Kemanusiaan Gaza.
"Terima kasih ALLAH memberi diriku bidadari yang sangat baik dan penguat diriku. Kerana ALLAH semuanya menjadi mudah dan indah.
"DIA yang temukan kita. DIA yang akan menjaga hubungan ini sampai syurga insya-ALLAH. Terima kasih ALLAH,” ujar Ebit yang juga memohon kepada isteri kerana tiada di sisi pada ketika ini," tambahnya.
"Tengok ramai anak kecil susah perlu duit pembedahan. Ramai anak hilang tempat bergantung. Kehilangan rumah dan tiada sesiapa dalam hidup mereka.
"Banyak hospital memerlukan bantuan. Berebut-rebut orang minta bantuan. Anak kita ada rumah tempat tinggal ALLAH bagi. Teruskan abang.
"Kita ada ALLAH yang sangat sayang kita. Tak pernah lupakan kita. DIA MAHA BERKUASA. Anak-anak semua menangis dan berkata kasihan anak Palestin ayah. Nanti ayah balik kita jumpa ye. Ayah cerita ye," demikian balas isterinya seolah memberi semangat agar suaminya itu terus berjuang tanpa kenal erti kalah.
Untuk info, menurut laporan media tempatan kumpulan Ebit yang membawa bantuan untuk penduduk Palestin dilaporkan masih belum masuk ke Semenanjung Gaza.
Doa kita, semoga perjalanan dan usaha murni rombongan Ebit dipermudahkan oleh Allah SWT hendaknya.
________________________
No comments:
Post a Comment