22 June 2021

"SAYA MINTA MAAF" - UYAINA TAK PERASAN NYANYI LIRIK LAGU LUCAH



"Saya tidak sengaja menggunakan lagu itu untuk video saya di Instagram. Saya tak perasan lirik lagu itu. Apa-apa pun, saya minta maaf.

"Saya gunakan lagu itu sebagai muzik latar video berkenaan tanpa memahami lirik. Pertama kali dengar, betul-betul ingat ia bukan dalam bahasa Inggeris kerana sebutannya agak aneh," begitulah kata pelakon dan pengacara Uyaina Arshad, 28, yang memohon maaf kerana terlepas pandang menggunakan lagu mengandungi lirik lucah dalam video yang dimuat naiknya di Instagram, baru-baru ini.

"Nasib baik ada rakan media yang mesej secara peribadi di Instagram beritahu makna di sebalik lirik lagu itu. Saya berterima kasih kepadanya kerana memberi teguran cepat.

"Kepada pengikut saya di Instagram, saya minta maaf. Harap kita semua belajar dari benda ini terutama untuk diri saya sendiri," tambahnya dipetik sebagai berkata.

Klik untuk gambar besar



Untuk makluman, Uyaina merujuk kepada lagu nyanyian Busta Rhymes berjudul Touch It yang menjadi lagu hangat dikalangan netizen.

Namun kerana tidak meneliti terlebih dulu lirik dalam bahasa Inggeris sewaktu menggunakannya dalam sebuah video, Uyaina atau nama sebenarnya Saidatul Naseha Uyaina Arshad telah mendapat teguran mengenai kesilapannya.



         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: