20 June 2021

STAFF SHUIB & SARAH JADI MANGSA LANGGAR LARI: "SILAP BESAR LARI DIK! SAYA AKAN CARI PEGUAM"



"Ya Allah dugaan untuk pekerja saya @bubblebeemalaysia_hq kene langgar lari. Ya Allah kenapa la dah langgar nak kene lari? Tak boleh ke tolong BIADAB! Kalau jadi kat keluarga awak macam mana? Staff kita dekat muar accident, langgar lari, tapi orang ramai dapat no kereta yang langgar tu.

"Now staff tunggu ambulans amik and PIC tolong pergi buat report," demikianlah tulis penyanyi Siti Sarah yang berkongsi beberapa keping foto di laman Instagram dengan memaklumkan salah seorang pekerjanya terlibat dalam kemalangan dipercayai langgar lari di Johor Bahru.

Berkongsi perkara itu menerusi laman Instagram, Sarah memberitahu, lokasi kejadian adalah berdepan dengan Econsave Jalan Pesta, Muar dan difahamkan kereta yang melanggar pekerjanya itu adalah jenis Myvi.

Tambah Sarah lagi, pekerjanya itu mengalami patah pada kedua-dia belah tangan dan paha selain turut mengalami kecederaan pada wajah.

Klik untuk gambar besar



"Patah pada Tangan dua2 patah peha patah! Pipi koyak hidung koyak!! Tempat kejadian : berdepan econsave pesta muar. Kerete langgar : JKF9590 MYVI Tempat kejadian : berdepan econsave pesta muarm" katanya.

Dalam pada itu, isteri kepada pelawak Shuib Sepahtu itu juga menegaskan dan mencari peguam untuk menuntut pembelaan atas nasib yang menimpa pekerjanya.

"Silap besar lari dik! Saya akan cari peguam !! Mungkin budak ni bukan darah dangaing saya .. tapi die keluarga @bubblebeemalaysia_hq kita mesti tuntut @pdrmsia_official," ujar Sarah.



Shuib menerusi Instagram turut memuat naik foto keadaan pekerjanya dan memceritakan kejadian tersebut dengan memberitahu kereta jenis Myvi itu berwarna hijau.

"Assalammualaikum, tolong viralkan Salah seorang staff @bubblebeemalaysia_hq cawangan Muar iaitu MUHAMMAD AFIQ HIDAYAT BIN MOHD FAUZI terlibat dengan satu kemalangan berdepan dengan Econsave Jalan Pesta, Muar dan yang malangnya, kereta yang melanggar budak ni boleh lari!!!!!!!!!

"Budak ni dah patah dua tangan, pipi dgn hidung koyak. Tolong viralkan sebab sampai sekarang owner kereta yang langgar masih tak serah diri!!!! Detail kete: JKF 9590 MYVI HIJAU. #BubbleBeeMuar #Muar #LanggarLari @pdrmsia_official," tulis Shuib pula.



         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: