19 June 2021

TULAR KES SEORANG AHLI PERNIAGAAN KENA KOMPAUN - NAMA NEELOFA PULA DIPETIK



Baru-baru ini, tular sebuah berita mengenai seorang bapa mentua selebriti yang juga seorang ahli perniagaan dikompaun kerana mengadakan solat Jumaat secara berjemaah di sebuah premis di ibu negara.

Bagaimanapun, nama Noor Neelofa nampaknya kembali hangat dalam media sosial apabila terdapat segelintir netizen mendakwa pelakon, pengacara dan usahawan itu ada kaitan dengan ahli perniagaan tersebut, meskipun laporan berita tersebut tidak menulis nama mana-mana selebriti.

Meninjau ke ruangan komen berita berkenaan, nama Neelofa antara yang disebut-sebut dan didakwa mempunyai kaitan dengan individu yang dikompaun itu.

"Tulis sajalah nama Neelofa kan senang" - "Semua yang berkait hajah sorang tu semua sangkut langgar prosedur operasi standard (SOP), macam mana ni?" - "Sabarlah Neelofa apabila jadi orang terkenal," antara komen-komen yang ditulis netizen.

Klik untuk gambar besar



Sebelum ini, ada melaporkan seorang pemilik syarikat pembersihan dan kawalan keselamatan yang juga bapa mentua kepada selebriti wanita, dikenakan kompaun selepas berkumpul untuk solat Jumaat di pejabatnya di Taman Nirwana, Ampang.

Serbuan dilakukan oleh pasukan dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ampang Jaya, selepas menerima maklumat 12 lelaki termasuk enam lelaki warga asing berusia antara 23 hingga 60 tahun, berkumpul pada jam 1.30 petang di rumah kedai Taman Nirwana.

Difahamkan, pemilik syarikat tersebut ialah bapa dan mentua pasangan selebriti yang sebelum ini pernah dikenakan tindakan kerana melanggar SOP.

         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: