20 June 2021

"YEAHHHHH NAK DAPAT MENANTU..." - ERMA FATIMA BUAT MAJLIS MERISIK SECARA MAYA, RAMAI PUJI



Pelakon, penerbit dan usahawan Erma Fatima menerusi laman Instagram telah berkongsi video yang memaparkan momen indah majlis merisik anak lelaki sulungnya, Syamil Ikhwan, 27, yang dilangsungkan secara maya pada petang Sabtu.

Majlis yang tersebut disempurnakan dengan kehadiran bekas suami Erma, Bade Azmi dan isterinya, Aida. Walaupun talian internet terputus-putus, namun majlis berkenaan berjalan dengan lancar.

Melihat pada ruangan komen, rata-rata warganet memuji tindakan Erma dan Bade. Selain dihujani ucapan tahniah, ada di antara warganet yang mahu menjadikan majlis tersebut sebagai contoh.

Klik untuk gambar besar



Tambahan lagi ketika semua rakyat Malaysia sedang berhadapan dengan pandemik dan sedang menjalani Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0. Rata-rata memuji kedua-dua belah keluarga iaitu Erma dan bakal besan kerana mematuhi SOP ketika menjalankan majlis ringkas dan penuh bermakna tersebut.

Untuk makluman, selain Syamil, Erma turut mempunyai empt orang anak angkat iaitu Ahmad Arir, 25, Ahmad Aifin, 23, Citra, 19 dan Nurain, 14.








         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: