20 June 2021

BILA ALICIA AMIN BERCADANG TAMBAH TATU



"Saya tidak akan mencacah tatu orang hidup pada badan. Mungkin saya akan memilih tatu bermotifkan penghormatan tetapi tidak sekali wajah sebenar," ujar model dan pelakon Alicia Amin.

Alicia berkata demikian menerusi Insta Story selepas menerima kririkan, malah ada peminat bertanyakan mengenai pemilihan tatu. Alicia bercadang untuk menambah lebih banyak koleksi tatu pada badannya selepas ini.

Tambahnya lagi, untuk koleksi tatu selepas ini dia mungkin memilih tatu bermotifkan anime Dazai, iaitu karakter dalam siri Bungo Stray Dogs.

Terdahulu, nama Alicia hangat diperkatakan apabila tampil seksi dan berbogel dalam beberapa sesi fotografi. Bukan itu sahaja, Alicia turut dikecam hebat oleh netizen apabila membela anjing sebagai haiwan peliharaan dan mengakui masih mengambil minuman beralkohol meskipun sudah mendirikan rumah tangga bersama seorang doktor Februari lalu.

Klik untuk gambar besar






         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: