12 July 2021

55 HARI BERPISAH - USTAZ EBIT LEW TAK SABAR PULANG, RINDU KELUARGA



"Doakan ye. 55 hari berjauhan dengan keluarga. Hari ke 12 di kuarantin. Lagi 2 hari. Test covid syukur negatif. Ujian kali ke 3.. 1st sebelum fly balik.. 2nd sampai klia.. 3rd hari ke 10... Semuanya negatif.. jom balik.

"Rindunya pada keluarga. Rindu pada bapak. Rindu sangat pada bidadari. Rindu teramat pada anak-anak. Rindu sehingga terpaksa sorok air mata dan sebak masa video call keluarga. Simpan semua rasa dalam-dalam. Cuma senyum ketawa.

"I love you bidadariku. I love you Safiyyah, Rayyan, Qadeejah, Uqashah. Rindu berbakti di Malaysia tercinta. Meneruskan perjuangan. Setiap hari mendengar berita hati rasa resah. Tak sabar nak bantu. Sebahagian bantuan sedang berjalan oleh team di seluruh Malaysia.

"Ya Allah terimalah. Hanya RedhaMu yang kami harapkan. Jadikanlah sedikit usaha ini asbab kebaikan," tulis pendakwah bebas serta dermawan yang disenangi, Ustaz Ebit Lew yang mengakui dirinya merindui keluarga tercinta selepas 55 hari berjauhan demi misi bantuan kemanusiaan di Palestin.

Klik untuk gambar besar



Ustaz Ebit yang berkongsi perkara tersebut menerusi laman Instagram miliknya itu berkata dia bakal berjumpa keluarga selepas tamat kuarantin dalam masa 2 hari setelah ujian calitan atau swab Covid-19 menunjukkan keputusan negatif.

Menerusi entri berkenaan, Ustaz Ebit memuat naik video sewaktu sekumpulan ahli medik datang ke hotel tempat dia dikuarantin untuk membuat ujian swab.

Meskipun rindu pada keluarga, Ustaz Ebit dalam masa sama memberitahu dia tidak sabar untuk terus berbakti dan menyalurkan bantuan kepada rakyat Malaysia yang memerlukan.










         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: