12 July 2021

SENARAIKAN SEBAB PILIH VAKSIN PFIZER - IFA RAZIAH TAK PEDULI KECAMAN



"Ada sebab saya terpaksa mohon Pfizer ini. Pertamanya, kerana saya ada alahan teruk dengan ubat-ubatan. Kedua, saya selalu berulang alik dari Malaysia-Singapura atas urusan perniagaan. Dan ketiganya, saya nak buat ibadah haji.

"Jadi, itulah sebab utamanya saya kena amik Pfizer," itulah antara sebab kenapa pelakon dan pengacara sensasi, Ifa Raziah yang mempunyai alasan tersendiri untuk mendapatkan vaksin Pfizer dan bukannya sengaja mengada-ngada tidak mahu menerima Sinovac.

Ifa yang turut dikenali sebagai Miss Diva mempersoalkan apakah tindakannya membatalkan janji temu vaksinasi di saat akhir satu kesalahan sehingga menerima kecaman hebat warganet.

Menurutnya, dia tidak ambil peduli langsung dengan kecaman warganet kerana yang paling penting dia mahu jaga kesihatan dan ambil vaksin yang disarankan oleh doktor.

Klik untuk gambar besar



"Esok, lusa warganet dah lupa pasal isu ini. Yang penting saya dapat Pfizer. Dan saya, tiada niat nak menghasut rakyat Malaysia agar jangan ambil vaksin sebab saya sendiri pun nak ambil vaksin," ujarnya.

Terdahulu menerusi video TikTok, Ifa memberitahu membatalkan niat mengambil vaksin disebabkan kekeliruan dan salah faham yang berlaku di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) di Pusat Pameran dan Perdagangan Antarabangsa Malaysia (MITEC).

Video yang tular di media sosial itu, bagaimanapun dinafikan Ifa yang menjelaskan tindakannya itu tiada kena mengena dengan memilih jenis vaksin.

"Miss Diva terpaksa batalkan vaksin hari ini (Sabtu lalu) kerana tidak dapat suntikan Pfizer di MITEC. Bukannya mengada-ngada tak mahu ambil vaksin," tulisnya.



Mengulas lanjut isu ini, Ifa berkata, semalam doktor sendiri menulis surat pengesahan buatnya untuk dihantar ke Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

"Saya sekarang hanya tunggu tarikh janji temu dalam MySejahtera untuk dapat vaksin Pfizer. Bagaimanapun saya kena pergi Hospital Kuala Lumpur (HKL) dalam masa 30 hari apabila MySejahtera dikemas kini. Jadi, dimanakah kesalahan saya?" jelasnya.

Pelakon drama 'Janda Kosmopolitan' ini berkata, kekeliruan berlaku apabila dia diberitahu akan menerima vaksin Sinovac apabila berada di PPV, MITEC itu.

"Kalau saya dapat Sinovac, nanti saya tak boleh pergi haji dan tak boleh pergi Singapura apabila pintu sempadan dah buka. Memang kalau nak pergi haji, pihak Tabung Haji akan bagi Pfizer untuk jemaah. Disebabkan sekarang ini kita tak boleh lagi nak pergi haji, itulah sebabnya saya nak dapatkan vaksin Pfizer," katanya.



         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: