03 July 2021

MULANYA BERBELAH BAHAGI - SENIWATI DATUK ROSNANI JAMIL KINI SUDAH DIVAKSIN



Baru-baru ini, seniwati legenda, Datuk Rosnani Jamil telah mendapatkan suntikan vaksin, mekispun pada mulannya rasa gementar dan sangsi. Lantas, Rosnani atau mesra disapa Mak Nani, 85, berpesan kepada warga emas agar usah bimbang mendapatkan suntikan vaksin COVID-19 demi kesihatan dan keselamatan diri.

"Perasaan Mak ketika hendak menyuntik vaksin memang berbelah bahagi. Namun, selepas dinasihatkan anak-anak, Mak bersetuju. Mula-mula sampai di Pusat Pemberian Vaksin (PPV), menggigil juga. Namun, disebabkan petugas mengenali Mak, sedikit sebanyak rasa gementar hilang.

"Asyik bersembang sedar-sedar suntikan vaksin jenis Pfizer itu dibuat... Memang tak rasa apa-apapun. Bagi Mak, elok warga emas ambil vaksin COVID-19. Ia memberi keyakinan kepada kita untuk bergerak dan rasa selamat hendak ke mana-mana selepas ini. Insya-Allah, tiada apa-apa yang berlaku dan tidak rugi pun kalau kita ambil vaksin," kata pelakon dan pengarah veteran ini.

Selepas tiga hari disuntik vaksin Pfizer, isteri kepada pengarah terkenal iaitu Allahyarham Datuk Jamil Sulong ini telah berkongsi keadaan diri dimana seperti kebanyakan orang lain, dia menerima kesan sampingan. Namun, akuinya, ia hanyalah sementara waktu.

"Hari kedua selepas suntikan, Mak demam, pening dan muntah terutama pada malam hingga hilang selera makan. Bagaimanapun, keadaan semakin beransur pulih.

Klik untuk gambar besar



"Hari ini, tenaga dan kudrat Mak kembali seperti sedia kala. Mak sudah boleh buat kerja rumah seperti siram bunga, masak untuk diri sendiri dan semakin percaya kepada diri.

"Kalau hendak keluar rumah pun, Mak tak perlu nak rasa risau lagi," ujar penyandang trofi Aktres Terbaik, Festival Filem Malaysia (FFM) 1984 menerusi filem Jasmin ini.

Sementara itu, anak sulung pengarah filem 'Mawar Merah' itu, Anwardi Jamil turut berkongsi video proses suntikan vaksin COVID-19 ke atas ibunya, di Facebook.

Menerusi entri itu, Anwardi yang juga pengarah filem Showtime 1958, bersyukur proses pemberian vaksin kepada ibunya lancar sambil mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang menguruskannya.

         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: