08 July 2021

DIKECAM NETIZEN DEK IBU MERTUA - MIRA FILZAH PILIH BERDIAM DIRI



Nama ibu mertua kepada pelakon Mira Filzah iaitu Datuk Mastura Yazid yang juga Ahli Parlimen Kuala Kangsar hangat diperkatakan sejak Isnin berkaitan isu bantuan penduduk di daerah tersebut.

Namun gara-gara perkara tersebut, Mira turut terkena tempias gara-gara ibu mertuanya sehingga ada segelintir netizen meluahkan rasa marah dan mengeluarkan kata-kata kesat.

Malah, ada yang mengatakan tidak mahu lagi menyokong atau meminati pelakon dan pengacara itu selepas ini. Dalam pada itu, ada netizen berpendapat tidak sepatutnya memarahi atau mengaitkan isteri kepada Wan Emis Astar itu dalam hal berkenaan kerana isu tersebut dicetuskan oleh ibu mertuanya.

Meskipun pelbagai komen negatif dilemparkan terhadapnya, namun Mira hanya bertindak berdiam diri. Apa pun, lebih baik begitu kerana bimbang jika bersuara boleh memanaskan lagi isu berkenaan.

Klik untuk gambar besar



         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: