08 July 2021

"SAYA KECEWA, DAH DAPAT BANTUAN TAPI MASIH MEMINTA... SAMPAI BILA? - DATUK VIDA



"Bukan Maksud saya Saya tak Sokong Kempen Bendera putih. Yang betul betul memerlukan saya dah agihkan di Kelantan, & Perak. Yang saya kecewa, dah dapat bantuan tapi masih meminta berulang kali. Minta yang bukan-bukan.

"Sampai bila? Nak harapkan bantuan. kalau PKP sampai tahun depan macam mana? Kerajaan pun tak boleh bagi bantuan tiap tiap bulan. Hanya awak yang boleh mengubah hidup awak sendiri," itulah kata usahawan dan pengasas kosmetik terkenal, Datuk Seri Vida (DSV).

Menerusi laman Instagram, Datuk Seri Vida telah berkongsi video penuh mengenai pandannganya berhubung sumbangan bantuan ketika singgah membeli makanan di sebuah gerai kecil milik warga tempatan di sebuah kawasan perumahan baru-baru ini.

Selain menasihati golongan yang memohon bantuan kerana terjejas pendapatan gara-gara Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) untuk berusaha, DSV antara lain sebenarnya kecewa bila ada yang terusan meminta meski mempunyai kudrat untuk mencari rezeki.

Klik untuk gambar besar



Sementara itu ruangan kapsyen, Datuk Seri Vida turut menjelaskan, pandangan yang diberikan tidak bermaksud dia tidak menyokong kempen Bendera Putih. Sebaliknya dia kecewa kerana ada yang masih bergantung harap meski bantuan sudah dihulurkan.

Sementara itu, Datuk Seri Vida menerusi entri yang lain pula berkata jika pandang sesuatu itu sebagai positif, maka ia akan menjadi positif. Begitu juga dengan negatif.

"KALAU PANDANG POSITIVE MAKA JADI POSITIVE. Tolong faham dalam dalam . Faham dengan rasa nak ubah hidup nak keluar dari Rasa susah & baiki diri. Sampai bila nak merungut. Sampai bila nak mengharapkan orang lain. Kalau bukan kita sendiri yang MULA

"Bukan saya nak Membangga diri. Saya cuma nak suntik semangat anda semua. Takde orang mampu ubah diri kita sayang. Jangan bagi alasan. Dunia di hujung jari. Jangan sekadar bergelek menari sakan di tik tok, Menunggu dan terus menunggu padahal Banyak ruang & peluang. Yang Mana asyik fikir NEGATIVE tu meh cuba PERFUME AURA DSV ni. PERFUME AURA," tulisnya lagi.










         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: