08 July 2021

SERING TAMPIL BERSELENDANG - PEMINAT PUJI, DOAKAN UNTUK FARAH NABILAH



Menerusi muat naik di laman Instagram, pelakon Farah Nabilah dilihat kerap berkongsi fotonya sambil mengenakan selendang sejak bulan Ramadan yang lalu sehingga kini.

Perkongsian Farah itu telah menerima perhatian peminatnya dimana rata-rata daripada mereka memuji serta mendoakan agar ibu kepada seorang cahaya mata itu untuk menjaga penampilan sekaligus istiqamah dalam menutup aurat dengan sempurna.

"Alhamdulillah berselendang, dah dekat dah tu utk fully bertudung ya nanti, aaminn. - "Ce akk bertudung kak inshaallah dh blh pakai selendang tu berhijab jela trus... moga allah merahmati kita. - "Alhamdulillah.. Stay Safe gorgeous," demikian komen-komen peminat bintang drama 'Titian Cinta' ini.

Klik untuk gambar besar






         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: