11 July 2021

FIZA HALIM BUAT LAPORAN POLIS: "KOMEN HINAAN, CACIAN & MAKIAN... BERSIAP SEDIALAH"



"Apa yg boleh sy bgtahu kat sini,selama 4 hari ni sy berdiam diri tak nak ulas apa2 sbb pihak polis mengarahkan sy supaya tidak membalas atau menjawab apa2 pertanyaan. Ini krn segala DM, comment yg sy dpt selama 4 hari ni telah dipantau oleh pihak SKMM dan jugak pihak polis. Semua masih lagi dlm siasatan... Account sy ni dah pun dirujuk ke bahagian pihak yg berwajib.

Utk pengetahuan semua, segala DM dan komen berbentuk aib, hinaan, cacian & makian selama 4 hari yg sy dpt ni dah pun sampai ke pihak SKMM. Jd bersiap sedia lah ya semua yg pernah hantar DM dan komen ke sy, akan di soal siasat... Tak mau cakap bnyk,kita tunggu dan lihat sj... #staycalm #staysafe #pdrm," demikian tulis pelakon Fiza Halim menerusi muat naik di laman Instagram miliknya.

Baru-baru ini, tiada angin tiada ribut tiba-tiba tular satu perkongsian di Twitter mendakwa Fiza seorang 'kaki sondol' dan pemusnah rumah tangga orang. Tidak cukup dengan itu, individu dipercayai bekas adik iparnya turut mendakwa Fiza mata duitan.

Klik untuk gambar besar



Selepas beberapa hari mendiamkan diri. Fiza akhirnya tampil memaklumkan laporan mengenai tuduhan telah dibuat. Malah, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) sedang meninjau komen dan mesej berunsur aib dan hinaan di Instagramnya.

Ujar Fiza, dia dinasihatkan untuk berdiam diri tanpa sebarang ulasan kerana semuanya masih dalam siasatan pihak berwajib. Fiza turut berpesan kepada individu yang pernah meninggalkan komen atau mesej berunsur hinaan supaya bersiap sedia untuk disoal siasat.

Di ruangan komen, peminat dan rakan artis dilihat memberi sokongan padu di atas tindakan matang pelakon berusia 43 tahun itu. Mereka turut mendoakan agar urusannya dipermudahkan.



         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: