15 July 2021

GENAP SEBULAN KELAHIRAN - LISA SURIHANI DEDAH WAJAH ANAK KETIGA



Setelah genap usia sebulan, pelakon dan hos, Datin Lisa Surihani akhirnya mendedahkan wajah anak ketiga, Yunos Laith menerusi laman Instagram miliknya. Melihat foto yang dikongsikan, Yunos kelihatan sedang tersenyum dan difahamkan ia telah diambil ketika usianya baru dua hari.

"#BismillahiMasyaAllah Throwback to when Yunos balik rumah from hospital and rambut still ada lagi. Pejam celik dah sebulan anak Mommy. Lang ikut muka siapa ni?" tulis Lisa.

Posting yang kini sudah pun menerima hampir 110,000 tanda suka itu turut dihujani dengan ucapan tahniah daripada rakan artis serta peminat. Malah, tak kurang juga yang memuji kecomelan baby Yunos Laith dan mendoakan agar anak ini menjadi anak yang soleh buat kedua ibu bapanya.

Klik untuk gambar besar



Untuk makluman, isteri kepada pengarah dan pelakon Datuk Yusry Abdul Halim itu melahirkan cahaya mata ketiga pada 15 Jun yang lalu sekitar pukul 2.30 pagi.

Lisa dan Yusry mendirikan rumah tangga pada Februari 2012. Pasangan itu kini sudah dikurniakan tiga cahaya mata, Yahaira Leanne, 6 serta Yusof Leonne, 4, dan Yunos Laith, sebulan.




         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: