15 July 2021

RUMAH KELUARGA KERAP DINAIKI AIR - STACY LUAH RASA BIMBANG



"Setiap kali hujan lebat dan dalam tempoh lama memang air akan masuk ke rumah. Kejadian berlaku kira-kira jam 2.45 pagi. Mujur ada ibu bapa, abang dan anak saudara. Syukur juga ada yang tersedar jadi mereka cepat-cepat alihkan barang.

"Tapi, setiap kali air masuk memang banyak barang rosak," demikian kata penyanyi Stacy yang meluahkan rasa bimbang apabila rumah keluarganya di Kampung Tuavon, Penampang, Sabah, dinaiki air selepas hujan lebat kira-kira jam 2.45 pagi, hari ini.

Stacy berkata, itu kali kedua rumah yang didiami ibu bapa dan adik-beradiknya dinaiki air dalam tahun ini. Menurut Stacy, buat masa sekarang keluarganya masih menunggu hujan reda dan air surut.

Klik untuk gambar besar



"Saya difahamkan masih penuh air dalam rumah tapi hujan sudah berhenti. Jadi, kena tunggu air surut dulu dan barulah boleh bersihkan. Setiap kali jadi perkara sama, saya di sini risau.

Tapi, kalau tanya mereka di sana, semua cakap okay saja. Mungkin sebab sudah biasa," jelas Stacy yang turut memberitahu keadaan rumah jiran dan keluarga lain di kampungnya juga menerima nasib yang sama.



         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: