"Syukur Alhamdulillah saya sudah mendapat suntikan vaksin Pfizer untuk dos pertama di sebuah hospital di Bangi. Terima kasih banyak-banyak di atas layanan yang diberikan. Kesemua kakitangan sangat baik dan prihatin kepada semua pengunjung yang hadir menerima suntikan vaksin," kata penyanyi dan pengacara sensasi, Ifa Raziah menerusi satu hantaran video di laman Instagram.
Ifa akhirnya berjaya menerima suntikan dos pertama Pfizer di sebuah pusat perubatan swasta di Bangi, Selangor, hari ini. Ifa menerima suntikan itu kerana dia mengalami alahan teruk serta disarankan menerima vaksin jenis Pfizer.
Ifa berkata, dia bersyukur apabila proses suntikan vaksin berjalan lancar dan berterima kepada pusat perubatan terbabit kerana memberikan layanan yang baik.
Menerusi perkongsian itu, Ifa dilihat tenang menerima suntikan dos pertama Pfizer selain berkongsi proses suntikan yang dilakukan kepada dirinya.
Terdahulu, tindakan Ifa memuat naik video dalam media sosial membatalkan niat mengambil vaksin Sinovac disebabkan kekeliruan dan salah faham yang berlaku di Pusat Pemberian Vaksin (PPV), Pusat Pameran dan Perdagangan Antarabangsa Malaysia (MITEC), baru-baru ini mencetus perdebatan hangat netizen.
Ifa dalam satu kenyataan menjelaskan keputusan untuk dia mendapatkan vaksin jenis Pfizer itu bersebab dan bukannya mengada-ngada serta bersikap degil. Malah, Ifa juga sanggup mengeluarkan duit sendiri untuk mendapatkan vaksin itu demi tahap kesihatannya.
________________________
No comments:
Post a Comment