03 July 2021

IFAN SEVENTEEN & ISTERI NEKAD BUAT IVF WALAUPUN BARU SEBULAN KAHWIN



"Bismillah. Pada pagi Rabu, isteri saya sudah melakukan proses IVF dengan mengambil telur untuk dimasukkan ke dalam tabung. Mohon doakan semoga semuanya berjalan dengan lancar," itulah tulis Ifan, bekas vokalis kumpulan Indonesia iaitu Seventeen dalam Instagram miliknya.

Ifan bersama isterinya, Citra Monica yang baru sebulan berkahwin itu tetap nekad mengambil keputusan untuk menjalani proses rawatan kesuburan in-vitro (IVF) kerana ingin segera menimang cahaya mata.

Difahamkan, Ifan bersama Citra yang juga merupakan seorang model mengambil keputusan memulakan rawatan IVF pada Rabu lalu di sebuah pusat perubatan di Jakarta.

Keputusan kedua-dua pasangan itu melakukan IVF turut mendapat sokongan dan doa dalam kalangan peminat mahupun rakan-rakan selebriti.

Klik untuk gambar besar



Namun, terdapat juga segelintir netizen mempersoalkan tindakan mereka yang memilih untuk melakukan IVF sedangkan usia perkahwinan mereka baru sahaja sebulan.

Untuk makluman, Ifan mendirikan rumah tangga bersama Citra pada 29 Mei lalu dalam sebuah majlis yang diadakan secara tertutup, namun disiarkan secara langsung di salah sebuah stesen televisyen Indonesia.

Ifan atau nama sebenarnya Riefian Fajarsyah sebelum ini pernah mendirikan rumah tangga bersama Dylan Sahara, namun isterinya itu meninggal dunia dalam satu kejadian bencana tsunami di Selat Sunda pada 22 Disember 2018 yang turut mengorbankan tiga anggota kumpulan Seventeen yang lain.
















         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: