05 July 2021

"NAK BERMADU TERIMA KELUARGA SAYA, BUKAN HANCURKAN" - ISTERI SHUK



"ONCE A CHEATER, ALWAYS A CHEATER !!!!!" itulah salah satu komen netizen di laman Instagram pelawak dan pengacara Shuk Sahar.

"Mohon reti beza intan dan permata Shuk," demikian komen penyanyi dan pelakon Abby Abadi pula.

Komen-komen terbabit adalah selepas isteri kepada Shuk iaitu Rossalennah Natassyiah Asshaferah mendedahkan status terbaru mengenai ugutan yang dibuat oleh wanita yang sama mengganggu perkahwinan mereka dahulu iaitu Farah.

Rasanya ramai yang mengetahui mengenai kisah rumah tangga Shuk yang sebelum ini pernah bergolak seketika kerana kemunculan orang ketiga.

Melihat pada perkongsian tersebut, Rossalennah atau lebih mesra disapa Rossa itu memuat naik tangkapan skrin dimana ia memaparkan Farah sepertinya marah kerana percubaan untuk menghubungi pasangan itu gagal.

Malah wanita itu bertindak tidak terkawal apabila menghantar gambar pisau tajam kepada pasangan itu bagi tujuan mengugut.

Dalam pada itu, Rosaalennah sempat menitipkan pesanan kepada Farah dan meminta wanita itu supaya menerima keluarganya jika mahu bermadu.

Klik untuk gambar besar



"Apa salahnya terima saya dan anak-anak saya? Saya dah izinkan ya, suami saya pun bukan budak lagi," katanya.

Daripada penjelasan isteri Shuk ini, sepertinya keluarga Farah yang tidak mengizinkan perhubungan di antaranya dengan lelaki itu.

Meninjau pada ruangan komen muat naik terkini di Instagram Shuk, ramai di antara netizen meluahkan rasa marah dan meluat dengan pengacara 'I Can Your Voice Malaysia' (ICSYV) itu yang seperti tidak serik membuat hal selepas sebelum ini pernah menyatakan dirinya akan berubah.

Apa pun, sama-sama kita tunggu penjelasan lanjut daripada mereka nanti.








         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: