24 July 2021

PERBELANJAAN NGO - FENDY BAKRY CADANG NADIR & EBIT LEW SAMA-SAMA TUNJUK BUKTI



"Sekarang kita tunggu penjelasan daripada Nadir juga beserta bukti. Tapi kalau Nadir saja tunjuk bukti pun tak boleh juga sebab akan berpanjangan lagi ceritanya. Jadi elok sama-sama wujudkan bukti sebab Nadir (urusakan) Cinta Gaza Malaysia dan Ebit pula Pertubuhan Kasih Umat Malaysia," itulah kata pelakon Fendy Bakry yang mahu Nadir Al Nuri dan personaliti dakwah Ebit Lew sama-sama mengemukakan bukti tentang status kewangan NGO yang diterajui mereka.

Fendy atau Mohd Affandi Nor Bakri, 32, mahu orang ramai berfikiran rasional serta adil dalam memberi ruang kepada kedua-dua tokoh berkenaan untuk membersihkan nama masing-masing. Fendy memberikan pendapatnya itu menerusi ruangan komen pada salah satu posting berita membabitkan Ebit dan Caprice di laman Instagram.

Isu mengenai bukti pengurusan kewangan itu timbul selepas Ebit mempersoalkan ke mana wang sumbangan berjumlah RM20 juta yang digembar-gemburkan sebelum ini. Sementara itu tambah Fendy, dia berharap netizen tidak terus bertelagah dalam isu membabitkan Ebit dan Nadir sebaliknya cuba melihat daripada sudut yang lebih positif.

Klik untuk gambar besar



"Apa-apa pun kebaikan kita ikut, bukan dengan idolakan seseorang sehingga dia langsung tidak boleh ada kesalahan. Penerangan dan penjelasan daripada Ebit Lew dah pun dibuat. Rasanya eloklah kita sebagai netizen hanya memandang perkara ni daripada sudut yang baik saja tanpa bertelagah," ujarnya.

Selain itu, Fendy turut mengajak orang ramai mendoakan agar segala kemelut antara mereka dapat diselesaikan dengan baik: "Kita hanya tunggu dan lihat sambil berdoa moga segala perbalahan dan kesefahaman akan terjalin," tuturnya.

Pada Khamis Ebit Ebit meminta Nadir yang juga Ketua Pegawai Eksekutif Cinta Gaza Malaysia itu mengemukakan perbelanjaan wang sumbangan RM20 juta diberikan rakyat kepada penduduk Gaza kerana membabitkan jumlah sangat besar dan menimbulkan persoalan umum.

         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: